Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 23 May 2014

#prktelukintan: Boneka DAP Dyana Sofya Lansung Tidak Mengenali TUNKU AZIZ??



Sekiranya kita ingin bercakap tentang pertandingan yang adil, maka Pilihanraya Kecil Teluk Intan sememangnya tidak adil. Mana mungkin ia adil jika dilihat dari rekod kedua-dua calon yang langsung tidak setara dari segala segi.

Dato’ Mah Siew Keong, calon BN merupakan seorang yang telah banyak berjasa. Beliau yang merupakan Presiden Gerakan pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dan kemudiannya Pertanian dan Asas Tani. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis di Hilir Perak pada tahu 1995 sebelum menjadi ADUN Pasir Bedamar. Pada tahun 1999, beliau menjadi ahli Parlimen Teluk Intan dan berjaya mengekalkan kerusi itu pada tahun 2004.

Sepanjang perkhidmatannya, Dato’ Mah telah berjaya menamatkan masalah banjir bagi penduduk di sepanjang Sungai Perak dengan mendapatkan peruntukan untuk pembinaan projek benteng pencegah banjir sepanjang 10km. Beliau juga begitu aktif dalam memperjuangkan pendidikan, pertanian dan juga kebajikan masyarakat setempat. Antaranya, beliau telah membina pusat dialisis bersama dengan pertubuhan-pertubuhan tempatan. Beliau juga memainkan peranan utama dalam memperolehi peruntukan bagi pembinaan tokong Cina, Yayasan Perubatan Chung Hua, Kolej Komuniti dan juga Terminal Bas.

Pendek kata, tiada alasan bagi kaum Cina mahupun mana-mana kaum untuk menolak beliau dan memilih lawannya yang langsung tidak mampu menjanjikan apa-apa.

Lawannya, iaitu Dyana Sofea calon DAP, hanya mampu berbangga sebagai graduan yang menggunakan hak istimewa Melayu tetapi kini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan itu. Lebih dari itu, kempen Dyana hanya membawa pendekatan klasik DAP iaitu memburukkan kerajaan dengan menyentuh soal jenayah dan harga barang, selain hak bumiputera.


Bukan sahaja tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan tetapi kredibiliti Dyana juga kini diragui. Ini berdasarkan pemerhatian ramai di mana Lim Kit Siang sentiasa bersama Dyana sepanjang kempen seolah-olah memantaunya. Jika kita tidak mengenali Kit Siang, kita mungkin menyangka yang beliau tergila-gilakan Dyana sehingga tidak boleh berenggang darinya. Kita mungkin menyangka yang Dyana bukan sekadar boneka atau maskot DAP, tetapi seolah-olah ‘pet’ atau binatang peliharaan kesayangan Kit Siang.

Keraguan kita akhirnya terjawab apabila Dyana tidak mampu menjawab soalan wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai Tunku Aziz. Oleh kerana Dyana benar-benar menjadi kelu, Lim Kit Siang telah terpaksa membantunya dengan menepis soalan tersebut. Video ini kini begitu luas tersebar dan tidak dapat dinafikan lagi oleh Dyana ataupun Kit Siang.

Rupanya, Kit Siang mengawal Dyana sebegitu rupa kerana Kit Siang tahu bahawa setiausaha politiknya itu bukanlah seorang yang berkredibiliti.

Dyana seharusnya jauh lebih bersedia untuk menangani soalan mengenai Tunku Aziz kerana ia merupakan asas penilaian rakyat terhadap pendiriannya menyertai DAP. Namun, malangnya, Dyana bagaikan langsung tidak pernah mendengar siapa itu Tunku Aziz.

Kini rakyat tertanya-tanya, jika dipaksa untuk menjawab soalan berikut, apakah Dyana akan menghentam Tunku Aziz sebagai penipu dan pengkhianat parti? Apakah Dyana percaya yang dirinya jauh lebih mengenali DAP dan lebih bijak dari Tunku Aziz? Apakah Dyana akan menyangkal segala tuduhan Tunku Aziz terhadap DAP?

Teruskan MEMBACA DISINI

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC