Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 28 May 2014

#prktelukintan : Ibu Dyana Sofya Juga Kaki Belit, Dan Menyangkal KetidakJujuran Dyana?


TELUK INTAN 27 Mei - Yammy Samad, ibu kepada calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyangkal ketidakjujuran anaknya dengan menegaskan bahawa beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau turut mengakui Dyana dijemput pada Majlis pelancaran laman web Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.

"Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.

"Pada ketika itu Dyana baru habis belajar, jadi dia datang menemani saya. Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali minta dia meletakkan bunga pada Tun Mahathir," katanya kepada pihak media ketika hadir di ceramah DAP di Taman Perindustrian Anson di sini malam tadi.

Pada 21 Mei Dyana telah membuat penafian mengenai pembabitan ibu beliau dalam Perkasa malah mendakwa ibunya tidak pernah hadir pada Mesyuarat Agong Perkasa sekaligus tidak pernah mendaftar sebagai ahli NGO Melayu itu.




Dalam pada itu, Yammy turut menjelaskan, beliau tidak pernah sama sekali keluar dari Perkasa akan tetapi tidak lagi aktif apabila berpandangan NGO Melayu itu bertindak seolah-olah menjadi orang suruhan UMNO.

"Saya bukan keluar dari Perkasa, cuma tidak aktif.

"Apabila saya lihat perjalanan Perkasa ia sudah menyimpang, lama-kelamaan saya lihat Perkasa lebih cenderung kepada berpolitik macam jadi suruhan UMNO," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar turut mengesahkan bahawa Yammy Samad merupakan antara ahli terawal yang menyertai pertubuhan itu.

Yammy pada ketika itu dilantik sebagai Ketua Wiranita tetapi dan hanya memegang jawatan tersebut selama lima bulan.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC