Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 21 May 2014

#prktelukintan: Gagal Didik Anak Ibu Dyana Jawab Tuduhan TUN M.


 


TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud menjawab tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya beliau telah gagal mendidik anaknya sehingga mengkhianati perjuangan UMNO dan menyertai DAP.

Dalam menjawab kenyataan Dr. Mahathir itu, Yammy Samad menunjukkan contoh bagaimana bekas Perdana Menteri itu mendidik anak-anaknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” kata Yammy kepada wartawan di sini, hari ini.

Beliau ditemui semasa mengiringi anaknya berkempen bertemu dengan pengundi.

Dr. Mahathir pada Isnin melahirkan rasa kesal apabila calon yang diletakkan oleh DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan itu merupakan anak kepada keluarga yang menyokong perjuangan UMNO sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci UMNO. "Kalau anak orang Umno depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja," katanya.

Jelas Yammy, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menentukan masa depan sendiri termasuk memilih pasangan hidupnya.

"Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti," katanya.

"Dia hendak kahwin, terpulang kepada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina atau India jika sesuai. Kalau saya paksa (tetapi) berakhir dengan kegagalan, buat apa?” katanya.

Yammy bagaimanapun menegaskan Dyana lahir sebagai orang Islam dan adalah menjadi harapannya akan kekal sebagai orang Islam.

Beliau juga menjelaskan langkah anaknya menyertai DAP tidak membimbangkan hatinya kerana parti itu bukan hanya terdiri daripada orang Cina saja dan tindakan itu juga tidak menjejaskan akidah anaknya.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC