Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 7 March 2013

ADIK AKU BUKAN ANJING!! TIAN CHUA!!



Kenyataan biadap  Tian Chua yang menuduh krisis Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO  nampaknya bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakyat  tetapi juga ahli keluarga Wira negara yang terkorban .
Abang kepada Arwah Korperal  Sabaruddin Daud hari ini ternyata berang sama sekali   dengan kenyataan kurang ajar Tian Chua yang menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO .Ikuti artikel dipetik  daripada Perak Today
 
 "Arwah adik saya bukan Anjing UMNO, Arwah adik saya adalah Manusia. Kenapa nak politikkan perkara ini." "Saya ingin mambetulkan kenyataan kurang ajar Tian Chua yang mengatakan arwah adik saya ni mati adalah kerana konspirasi UMNO."

 "Malah, ahli Dap Jonathan Lim pula buat kenyataan yang mengatakan kedua-dua arwah yang maut di Lahad Datu itu adalah Anjing UMNO."

 "Kalau beliau membuat kenyataan macam tu...berlaku pada keluarga beliau (Tian Chua dan Jonathan Lim) macam mana?"


 "Di sini saya nak tegaskan adik saya mati di medan pertempuran bukannya lakonan semata-mata… saya yang mandikan arwah...saya yang kendalikan jenazah arwah jadi saya tahu macam mana perasaan keluarga...kesedihan seorang anak kehilangan ayah… isteri kehilangan suami..abang kehilangan adik..ibu kehilangan anak." 

 "Ini bukan konspirasi UMNO...saya bukan nak berpolitik tapi saya nak ceritakan kenyataan yang sebenar."


 "Ini semua bodoh punya kenyataan… memang sangat bodoh… tak kena keluarga sendiri boleh la cakap… cuba ahli keluarga sendiri yang maut baru tahu perasaan kita macam mana… macam mana sanggup ke dengar kenyataan yang anda keluarkan itu kalau ahli keluarga anda yang maut."

 "Saya cukup marah bila ade pihak kata kematian arwah adalah konspirasi kerajaan… ada yang kata anggota yang maut itu sebagai anjing UMNO."


 "Adik saya bukan anjing… adik saya manusia… bukan main senang mereka hina bangsa Melayu...kenapa sampai panggil anjing… anjing tu najis… cuba kalau kita panggil dia tu babi...nak ke."


 "Golongan yang banyak buat kenyataan bukan-bukan tu, kalau berani berdepan dengan saya...berdepan jumpa sendiri dengan abang arwah yang telah maut semata-mata memastikan negara kita terus aman."  


"Jangan cuba mereka-cerita atau memfitnah di internet...jumpa sendiri abang dia nie...saya boleh cerita perkara sebenar… jangan nak membuat kenyataan tanpa mengetahui apa yang kami sebagai ahli keluarga rasa."



"Saya sanggup mati kerana adik saya...ini luahan hati saya."


 "Masyarakat tak tahu apa yang anggota keselamatan terpaksa korbankan demi keamanan negara." "Kita duduk rumah hidup dibuai mimpi...senang lenang tapi mereka (anggota ATM dan PDRM) di dalam hutan menjalankan tugas meninggalkan anak isteri."


 "Kami masih lagi bersedih hati atas kematian arwah tapi semakin hari semakin melampau pula kenyataan yang dbuat ke atas anggota komando yang maut." "Saya ahli keluarga dia jadi saya tahu...saya yang uruskan jenazah arwah, saya sendiri yang mandikan arwah… saya tahu bukan keranda kosong yang saya ambil… ada sekujur tubuh yang ada dalam keranda tu."


 "Saya tak faham kenapa nak politikkan perkara-perkara macam ni…kematian bukanlah satu benda yang boleh kita main-mainkan…arwah masih ada ahli keluarga."


 "Saya bangga mengatakan adik saya meninggal di medan pertempuran…dia wira negara menjadi sejarah kepada negara." "Saya harap pihak polis ambil tindakan terhadap golongan yang menghina perwira-perwira negara


No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC