Buat setakat ni apa yang admin tahu gomo telah di saman RM100 juta oleh anuar ibrahim terhadap kenyataannya berkenaan ISU GAMBAR mirip anuar ibrahim.Disebabkan oleh isu tersebut Gomo telah membuat satu surat memohon maaf dan menyuruh anuar ibrahim untuk menarik samannya dalam tempoh 48 jam.
Tapi Anwar Ibrahim
hari ini secara tidak rasmi menarik balik saman terhadap blogger papagomo
berikutan amaran yang dibuat oleh blogger papagomo untuk mendedahkan
lebih banyak video kepada rakyat supaya rakyat tahu siapa sebenarnya
Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan
ringkas dihadapan media Anwar mengeluarkan ungkapan "Saya serahkan
perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya".
Ungkapan itu
secara tidak langsung Anwar Ibrahim yang dilihat seorang pakar "lawan
tetap lawan" seolah-olah terkulai layu bila berhadapan dengan blogger
Papagomo.
Menurut
Peguamnya kesukaran untuk membuktikan bahawa blogger Papagomo yang
mengeluarkan gambar intimnya juga salah satu faktor yang perlu
difikirkan kerana gambar-gambar intim Anwar dengan seorang lelaki telah
dimuatturun ke blog RajaGoyang360 yang tidak diketahui pemiliknya.
Blog
RajaGoyang360 dikatakan didaftar di Indonesia. Ini menunjukkan saman
yang akan dikemukakan kepada blogger Papagomo hanya sis-sia atau gimik
demi untuk menyatakan pendirian palsu Anwar Ibrahim terhadap foto
perlakuan jijik dirinya kepada rakyat Malaysia yang kononnya marah
kerana itu foto bukan dirinya.
Secara rasional jika foto bukan dirinya kenapa Anwar Ibrahim jadi gelabah babi sehingga sanggup nak saman orang lain?
Rakyat Malaysia sudah celik IT dan semua sudah cerdik oleh itu fikir-fikirkanlah demi Agama Bangsa dan Tanahair
p/s: HAHAHA...KONSPIRASI-KONSPIRASI!!!! PUAK-PUAK PR kompom SENYAP KAN>>lalalalalala
No comments:
Post a Comment