Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 21 March 2013

Sabah Conflict Inside Story #LahadDatu




Entri ini bakal menyajikan satu forum yang dianjurkan oleh Al-Jazeera berkenaan insiden di Lahad Datu.MMI bukan mahu mencetuskan apa-apa tanggapan tetapi sekadar mahu berkongsi dengan semua tentang krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main.


Apatah lagi dalam suasana negara bakal menghadapi pilihanraya tidak lama lagi krisis ini amat perlu diselesaikan secepat mungkin.Pelbagai tanggapan dari banyak pihak sudah pun kita dengar malah hampir setiap hari ada saja maklumat-maklumat terbaru berkaitan insiden di Lahad Datu.


Dalam kita memberikan tumpuan kepada apa yang sedang berlaku , MMI tak nafikan terdapat juga sebahagian dari kita yang masih merasa selesa seolah-olah negara seperti sebelumnya sedangkan hakikatnya krisis di Lahad Datu mampu mencetuskan sesuatu yang pasti meresahkan rakyat sekiranya kita gagal mengawal situasi dengan baik.


Untuk itu rasanya video di bawah amat sesuai untuk kita sama-sama tonton kerana ianya bukan saja sekadar forum tetapi menunjukkan betapa serius pihak-pihak luar sana dengan apa yang sedang berlaku di negara kita.


Malaysia adalah negara kita oleh itu pertahankanlah ia selagi mana kita mampu pertahankan.Berikan sokongan kepada pasukan keselamatan yang kini berhempas-pulas memastikan keselamatan kita.

Paling penting jangan biarkan sejarah robohnya kota Melaka berulang !!


SUMBER: MMI.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC