Gambar-gambar dari tempat berhampiran lokasi serangan di Lahad Datu
LAHAD DATU 5 Mac - Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari
kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan
ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi
ini:

SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara
Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini.
Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas
penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA


SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran
menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini
hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan
keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di
Kampung Tanduo. - BERNAMA

ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di
jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan
serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan
bersenjata di kampung Tandou pagi ini. - BERNAMA

KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota
tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo. - BERNAMA

SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah
ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia
melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung
Tunduo pagi ini. - BERNAMA

SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung
Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia
ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. -
BERNAMA
CC: http://lamanizzs.blogspot.com/2013/03/update-lahaddatu-gambar-terkini-sekitar.html#more
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130305/dn_45/Gambar-gambar-dari-tempat-berhampiran-lokasi-serangan-di-Lahad-Datu#ixzz2MdNHGPxu
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment