Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 27 March 2013

PANAS #Kerajaan FILIPINA umum MAHU MENUNTUT SABAH



Manila telah memberi arahan kepada semua agensi dan rakyatnya untuk memanggil Sabah sebagai bukan sebahagian dari wilayah Malaysia yang mencetuskan kemungkinan mereka mahu menuntut negeri paling timur Malaysia itu.

Menurut InterAksyon, cawangan dari TV5 Filipina, pegawai dari Jabatan Luar Negeri (DFA) membawa perkara ini hari ini, menyebut Memorandum No. 162 yang dikeluarkan Malacanang pada tahun 2008.

Menurut laporan tersebut, menyebut peguam Roy Ecraela dari Pejabat DFA untuk Setiausaha Kajian Laut, menambah bahawa setiap dokumen agensi kerajaan hendaklah merujuk Sabah sebagai 'hanya Sabah' dan bukan Sabah, Malaysia.

"Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na 'yung Malaysia (Hanya panggil Kota Kinabalu, Sabah. Tidak perlu Malaysia)," kata Ecraela menurut laporan tersebut.

Ecraela dilaporkan membuat kenyataan tersebut hari ini selepas beberapa agensi bertemu dengan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencala Alam Kebangsaan (NDRRMC) pada Isnin lalu untuk membincangkan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina yang kehilangan tempat tinggal dalam konflik di Sabah. -Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC