Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 26 April 2013

Kontroversi Kenyataan Dr Asri (video) Buatkan Nik Aziz,Anuwar Brahim Melompat!!!


Admin tertarik dengan kenyataan Dr Asri berhubung hukum hudud yang sedang hebat dihangatkan kembali PAS untuk menarik sokongan pengundi seperti yang dilaporkan portal berita Antarapos;

SHAH ALAM: PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 
"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada Antarapos. 
"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri. 
"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya. 
Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud. 
"Umno tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya. 

Thursday, 25 April 2013

PANAS: Budak belasan Tahun Dibelasah Teruk Oleh Pentaksub PAS #PRU13 #GE13



Dari sehari ke sehari, dari semasa ke semasa, berita-berita tentang keganasan para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS begitu menjadi-jadi. Sudah ada kematian yang dilaporkan di Kelantan, negeri yang paling kukuh dalam genggaman PAS. Beberapa kecederaan turut dilaporkan membabitkan beberapa buah negeri, termasuklah di Terengganu.

Kini keganasan penyokong-penyokong PAS menular ke Kedah pula. Para penyokong PAS kelihatan begitu panas dan resah sehinggakan apa-apa sahaja yang dilihat menghalang mereka, boleh menyebabkan mereka naik angin dan marah dengan begitu mudah.

Pada 22 April lalu, lebih kurang jam 9:37 malam, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi mangsa kekejaman dan keganasan para penyokong PAS di Felda Teloi Timur. Malang menimpa kanak-kanak berusia 11 tahun itu apabila dia diperlakukan seolah-olah jawapan yang diberikannya adalah satu jenayah besar.

HOT:Perkembangan terkini berkenaan Kes Kemalangan Yang Melibatkan Blogger DR.M I M



 

Kemalangan yang melibatkan Blogger Dr MiM dan rakannya Azuan Ali disyaki mempunyai unsur-unsur khianat..KLIK SINI..

Dr MiM telah dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. EP doakan semoga Dr Novandri cepat sembuh..


Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.
Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. - UTUSAN ONLINE

Untuk cerita selanjutnya KLIK SINI

HOT!!! Lagi SABOTAJ Unsur Khianat Pada Kemalangan Ngeri Melibatkan Blogger DR MiM?!!!



Awal pagi tadi admin dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan blogger tersohor tanahair, Dr MiM atau lebih selesa dikenali sebagai Dr Novandri.
 

Berdasarkan pengamatan admin ke atas sebuah pages fb, dikhabarkan kedua- dua tayar hadapan kenderaan yang dinaiki beliau dikatakan telah tercabut dan laman fb berkenaan turut mengatakan bahawa terdapat kemungkinan wujudnya unsur- unsur khianat.

PANAS: Dalang Kepada Kejadian PENGEBOMAN diketahui!! #PRU13 #GE13 #BENCIKEGANASAN #TOLAKPR



Sudah ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa kejadian letupan bom di Nibong Tebal & juga di Sekinchan sebagai sandiwara Barisan Nasional.Seluruh rakyat harus mengutuk unsur-unsur keganasan yg semakin menular ini!

PARA PECACAI PAKATAN CUBA JADIKAN PENGEBOMAN DI NIBONG TEBAL SEBAGAI SATU SANDIWARA!!!


''Alah, luka sikit saja... itu pun nak kecoh...

Kalau betul-betul letak bom, takkanlah takda sesiapa pun mati?

Bodoh tahap mega ler orang yang meletakkan bom di dalam sampah...''



Itu adalah antara kata-kata yang dituturkan oleh para pecacai, sama ada kata-kata tersebut berbentuk penulisan, mahupun lisan. Mereka merujuk kepada apa yang berlaku di Nibong Tebal. Bagi mereka, ianya tidak ubah seperti satu lagi sandiwara

Wednesday, 24 April 2013

HOT:(VIDEO) Letupan di Nibong Tebal dirancang kumpulan profesional BOM "KEDUA" ditemui #PRU13 #GE13



Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal malam tadi adalah daripada alat letupan rekaan (IED).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis percaya bahan letupan IED yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah itu adalah perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan profesional.

"Polis menemui dua IED dalam longgokan sampah dan percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana tidak tenteram serta huru hara di kawasan ceramah," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini. - BERNAMA


KLIK SINI untuk gambaran sepenuhnya..

Anwar Bakal Berdepan Pendekar #GE13 #PRU13

Hari nie bakal melakarkan sejarah bila Tan Sri Omar Din menganugerahkan Selendang Pendekar pada Calon P044 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail. Dalam erti kata lepas nie Anwar bakal bertembung dengan Pendekar Seni Silat Cekak. Anak muda Permatang Pauh ramai yang menganggotai seni Silat ini.

SABOTAJ: Serangan "BOM" di Ceramah Barisan Nasional @dzainalabidin #PRU13 #GE13 #TOLAKKEGANASAN


Mengejutkan apabila satu letupan di BILIK GERAKAN P047 PARLIMEN NIBONG TEBAL,telah mencemari ceramah yang dianjurkan oleh BARISAN NASIONAL. 

Ceramah Perdana anjuran Barisan Nasional 23 April 2013 di cemari dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Ketika Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap semua yang hadir dikejutkan dengan satu letupan yang dipercayai bom.Bunyi yang kuat itu menggemparkan semua orang namum sikap profesional dan semangat yang kental,semua yang hadir tidak berganjak.

Ianya masih dalam siasatan pihak polis,dan polis juga telah mengesahkan yang letupan itu adalah bom.Hal ini terjadi dipercayai untuk mensabotaj pihak penganjur dan Barisan Nasional.

Seorang pengawal peribadi Dato Zainal Abidin yang juga calon Parlimen Nibong Tebal telah tercedera dan segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap.Keadaannya stabil setelah mendapat rawatan.

Sisa bom sedang diusahakan untuk dikeluarkan oleh pihak polis.

Dato Zainal yang mengulas mengenai perkara ini menyerahkan semua kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan.

Ini menunjukkan sikap terdesak pihak berkenaan untuk mensabotaj Barisan Nasional.

Tuesday, 23 April 2013

PKR hilang punca,Ceramah Mansor di Nibong Tebal Tiada Sambutan!! #PRU13 #GE13



Faktor pertelagahan diantara PAS dan PKR semakin meruncing dan ketara,iaitu diantara YUSNI MAT PIAH DAN CEKGUBIRD yang bertanding bagi DUN SG.Acheh,turut menyebabkan Mansor yang bertanding untuk PARLIMEN NIBONG TEBAL tidak mendapat sambutan daripada masyarakat,ini kerana kepincangan yang kita dapat lihat dalam PR yang telah pon mengubah haluan masing-masing,Jika perkara ini terus berlanjutan Kedudukan kedua-dua Parti itu akan merosot.

setelah dikaji PR sememang tidak akan dapat membawa apa-apa perubahan di kawasan NIBONG TEBAL,ini kerana kepimpinan kedua-dua parti itu hanya mementingkan KUASA POLITIK daripada HARAPAN RAKYAT.Bagaimana jika benar mereka memerintah dan terjadi hebat kepincangan dalam PR?bagaimana dengan NASIB rakyat yang menyokong,adakah diabaikan saja??

DULU BANGSAKU DI PIJAK,MELAYU MUDAH LUPA!!!! #PRU13 #GE13


Mungkin sudah ramai yang pernah mendengar PUISI ini,tapi pasti ramai yang telah terlupa dengannya,Puisi yang betul-betul menyentuh hati sanubari ,dan admin rasa setiap-setiap orang MELAYU khususnya harus sedar dengan menghayati ketajaman PUISI ini,akui lah kita senang hari ini,diatas perjuangan nenek moyang kita,tapi hari ini mengapa??MELAYU MUDAH LUPA,bangsa agama kita digadai mengapa??kerana MELAYU MUDAH LUPA..sedarlah wahai saudara dan saudari ku SEISLAM,bersatu la kita kembali untuk mempertahankan Kedaulatan agama,bangsa dan negara tercinta.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Monday, 22 April 2013

(Video) Warkah Keramat Ummi Halfida Part 2#PRU13 #GE13


Warkah dari Umi Halfida ini menerangkan berkenaan tingkah laku dan kelakuan buruk AnuWar Ibrahim serta Abangnya sendiri Azmin Ali,ikuti selanjutnya keterangan yang selama ini menjadi rahsia dan tanda tanya.


Wajib tonton!!kerana masa depan semuanya terletak ditangan RAKYAT yang akan MENILAI,adakah anda mahu kan seorang PEMIMPIN yang mempunyai kelakuan yang tidak BERMORAL???

PANAS: Beribu orang memenuhi CERAMAH PAS oleh Ustaz Yusni di SG.ACHEH #PRU13 #GE13

OoooHHHHhhh...tersenyum CekGuBIRD melihat sambutan ceramah oleh Yusni Mat Piah,di Dewan Sg.Chenaam tadi,mana tidaknya,"BERIBU "yang hadir kot,cuba tengok gambar tuuuu.. sambutan yang begitu memberansangkan..kan..kan..kan...


Memalukan Apabila Penyokong PR sendiri MENOLAK PAKATAN RAKYAT!!! #PRU13 # GE13


AnuWAR ditempelang Hebat oleh Penyokong PAS,video ini membuktikan pertelagahan antara PAS dan PKR semakin ketara.



P/s: HANCURLAH PAKATAN KALI INI!!! untuk ANALISIS POLITIK TERKINI SINI KE SINI

Sunday, 21 April 2013

Cerita Panas Klon ANWAR #PRU13 #TolakPR

 Gambar Hiasan

Isu pendedahan klon manusia menyerupai Anwar Ibrahim semakin menarik , pendedahan terbaru menyatakan lelaki yang dimaksudkan itu telah diupah bagi membersihkan nama Anwar Ibrahim yang kini terdesak meneruskan saki-baki impiannya menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Menurut sumber, lelaki berasal dari Thailand itu dikatakan ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai 'pelakon' yang akan membuat 'pengakuan' tersebut dalam beberapa siri ceramah kempen pilihan raya kali ini.

Saturday, 20 April 2013

Suasana Penamaan Calon #PRU13 P047 NIBONG TEBAL @dzainalabidin


Boleh dikatakan Nibong Tebal kembali gah dan mendapat sokongon yang padu daripada rakyat,semangat yang ditunjukkan oleh rakyat membuktikan bahawa kerajaan yang sebelum ini tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sempurn.

Disini Admin selitkan suasana sekitar penamaan calon bagi kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Ketibaan Calon-Calon yang bertanding




DAP sah guna logo PKR, PAS?? #PRU13 #PG13




SHAH ALAM: DAP menolak jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa parti itu bebas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR pada pemilihan tersebut.Keputusan itu diambil setelah ROS mempersoal keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang dipinda sendiri oleh pucuk pimpinan parti tiga minggu selepas pemilihan itu diadakan Disember lalu.

Tindakan DAP itu dilihat bertujuan meraih simpati pengundi Cina dengan memberi gambaran kononnya parti itu dizalimi oleh ROS.Dalam suratnya kepada DAP, ROS memberi parti itu sebulan untuk menjelaskan kemelut pindaan keputusan pemilihan CEC namun menegaskan, dalam satu lagi surat, bahawa, perkembangan itu tidak menjejaskan penyertaan DAP pada PRU13.

SPR turut memberikan jaminan bahawa DAP boleh bertanding menggunakan logo parti itu.Meskipun mendapat jaminan daripada dua badan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kononnya, ada cubaan jelas untuk mensabotaj atau mengkhianati DAP pada PRU13.Justeru, pucuk pimpinan DAP mengambil langkah julung kali untuk calon-calonnya bertanding menggunakan tiket PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak."Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika dihubungi.baca selanjutnya.....

PANASS!! (VIDEO) Zul Noordin Hina Masyarakat India lagi ke?? #BNbaru #PRU13



Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?

Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.

Friday, 19 April 2013

Lagi ramai ulama tinggalkan PAS, sertai UMNO#PRU13#GE13



Sehingga hari ini ramai sudah ahli-ahli PAS yang semakin sedar dengan perjuangan mereka telah terlalu jauh menyimpang dan sudah lagi tidak relevan,banyak ulamak PAS sendiri berpendapat,Prinsip arah tuju sebenar parti ini sudah tidak terpesong dari landasan,Tindakan keluar dari parti itu adalah tindakan yang sewajarnya.

Buktinya kita lihat banyak ulamak-ulamak yang sudah sedar akan ketidak relevannya PARTI PAS kini.


(Video)LAGI KES PENDERAAN BAYI!!!!


Kurang Ajar punya,orang..menyirap darah admin bila tengok perlakuan sebegini,Budak tu bayi lagi mengapa diseksa macam tu..!!!


P/s: PANAS HATI KAN!!!!

Penipuan dan Penindasan Kaum India Anuar #UbahPenang #TolakPR #PRU13 #BNBagus


Kampung Buah Pala adalah sebuah perkampungan bagi Kaum India Sejak dari Bertahun lamanya yang terletakanya di PULAU PINANG.LIMA(5) tahun telah berlalu sebelum PRU12 anwar telah melawat ke kawasan perkampungan itu dengan menyajikan janji-janji manis bagi menyesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu jika memberi UNDI kepada pakatan rakyat.

Ya,Pakatan Rakyat menang dan menguasai PULAU PINANG,lepas 2 minggu seperti yang kita tahu Anuar telah berjanji akan menyelesaikan masalah RAKYAT di Perkampungan Buah Pala,dan janji itu memang DITUNAIKAN dengan sungguh berjiwa Rakyat dan berdedikasi ,hasilnya adalah seperti gambar dibawah.....

WAJIB BACA... DALIL-DALIL DARIPADA TUAN GURU NIK AZIZ !!! #PRU13#PG13#GE13



Dalil Kepada Penafian Pok Nik Pernah 'Janji' Syurga Orang Undi PAS?


Jika Nik Aziz menafikan dan mahukan penjelasan tentang maksud mengenai ‘undi PAS masuk syurga ‘, beliau bolehlah rujuk kembali kenyataan-kenyataan beliau sendiri tentang isu ini!


1. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


2. ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


3.“Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya...Baca Selanjutnya..

Calon DAP Selangor Mempersendakan Kalimah Allah#PRU13#TOLAK DAP#TOLAK PR




Pemimpin DAP Selangor, Ng Swee Lin pula dilihat seolah-olah mempermainkan kalimah suci Allah selepas mengucapkan 'Alhamdulillah', 'masya-Allah' dan 'insya-Allah'.


Thursday, 18 April 2013

Skandal khalwat bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang Dengan Mudah#PRU13


Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi.  Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor. 

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit.  Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti. 

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri Disini.  Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang PAS NAMPAK 'GOYAH'?#PRU13


Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.

Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.

Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja.

Sebelumnya pada PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS.

BN 5-0 di Marang TIDAK MUSTAHIL.Hadi Bakal Tanduk ! #PRU13


Artikel ini saya tulis selepas membaca kenyataan penuh yakin dari calon BN Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga bakal pencabar kerusi Parlimen Marang menentang Haji Hadi -

"Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi,"
SINAR.

Mukhriz akan Menawan Kubu Kuat PAS?BENARKAH??#PRU13#PG13


Dato’ Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung.  Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa.  Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas. 

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga. 

Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana ‘nama’ memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan.  Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha.  Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali. 

Oleh kerana pengalaman yang luas dan ‘berpeluang’ menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato’ Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.  

Benarlah kata orang bijaksana, iaitu “ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain”.   

PANAS: Rakyat Marah Anwar Hina Masyarakat Tambun,Kit Siang Meng'amuk' Mengapa??#PRU13#PG13


Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’? 

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun. 

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya. 

Wednesday, 17 April 2013

Dr Mazlan Vs Anwar Di Permatang Pauh#PRU13#PG13#TOLAKPKR




Dr Mazlan Vs Anwar Di Permatang Pauh

Bekas naib presiden Telekom Malaysia Bhd Dr Mazlan Ismail yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, yakin mampu menggugat kedudukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwa r Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar," katanya.


#OPS DAULAT : (Video)Liputan Penuh Lahad Datu#PRU13#PG13


Tahniah dan Alhamdullah syukur kehadrat illahi,kerana anggota keselamatan kita berjaya membawa kembali keamaan di Lahad Datu,semoga perkara sedemikian tidak lagi kembali berulang.

55 tahun bumi Malaysia kita aman dan damai tanpa pencerobohan,tetapi disebabkan KETAMAKAN DAN DENDAM ingin memiliki kuasa ada diantara rakyat kita sanggup menjual kedaulatan negara kerana kepentingan sendiri.

Tuesday, 16 April 2013

TERKINI : SENARAI CALON UMNO NEGERI PULAU PINANG UNTUK #PRU13 #GE13

PARLIMEN : 



P.41 Parlimen Kepala Batas
Calon : Datuk Seri Reezal Merican


P.42 Parlimen Tasek Gelugor
Calon : Dato Shabudin Yahya


P.44 Parlimen Permatang Pauh
Calon : Dr Mazlan Ismail


P.47 Parlimen Nibong Tebal
Calon : Dato Zainal Abidin Osman


SELANJUTNYA.......

HOT: SENARAI PENUH CALON BARISAN NASIONAL PULAU PINANG AKHIRNYA DIKELUARKAN #GE13 #PRU13



Berikut ialah senarai calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diumum Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow hari ini.


PARLIMEN


Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno - muka baharu)
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno - muka baharu)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan - muka baharu)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan - muka baharu)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan - muka baharu)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

ANUAR diserang di BALIK PULAU atas Tindakan yang dikatakan Tidak Rasional#PRU13#PG13

sekadar gambar hiasan

Beberapa hari lepas, kecoh tentang perhimpunan penyokong-penyokong PKR di Balik Pulau yang berhimpun membantah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan calon bukan tempatan di kawasan itu.

Anwar telah mengumumkan ahli korporat, Mohd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon baru dan mengugurkan Yusmadi Yusoff sebagai ahli Parlimen Balik Pulau.

Tindakan seramai 70 penyokong yang hadir membantah pengumuman Anwar itu menunjukkan mereka benar-benar kecewa dengan sikap pemimpin tersebut.

Secara terang-terangan Anwar tidak menghormati keinginan penduduk yang mahukan calon tempatan seperti Yusmadi.

Malah, ini menunjukkan Anwar tidak langsung memikirkan rakyat sebaliknya hanya terlalu mengejar kuasa yang ingin dicapai.

WAR TANKER at NIBONG TEBAL!!#PRU13#PG13


NIBONG TEBAL, 14 April -- Kereta Kebal "Adnan And The Gang" berarak di Kampung Jalan Sungai Kechil di sini sebagai menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Pengerusi Kelab 1Malaysia Jalan Sungai Kechil, Mohd Adnan Hassan, kereta kebal tersebut direka sebagai menghormati para wira-wira negara kita.


Difahamkan juga,Calon bagi kerusi dikawasan itu akan berarak menaiki THE TANKER semasa hari mengundi.
 

FITNAH nik aziz terhadap UMNO! (VIDEO) #PRU13#PG13


Video ini memapar bertapa bencinya NiK AZIZ kepada pemerintahan umno,dia juga memperkatakan bahawa umno adalah sebuah parti yang mengamalkan seperti pemerintahan KOMUNIS.

Bukan itu saja dia juga memfitnah Parti UMNO sebagai menolak ISLAM,bagi admin itu fitnah yang tidak berasas dan boleh menyebabkan perpercahan yang lebih besar kepada kaum melayu di MALAYSIA.

Monday, 15 April 2013

Gadis Paling SEKSI Di Dunia!!!

Manusia Pelik-Cashier Perempuan Yang Seksi Dari Belakang


Perempuan cashier ni dress-up macam-macam. Dari depan nampak elok tapi dari belakang, fulamak, nampak punggung... hehehe jangan otak kuning ok... ada seluar tu.

 

 

 

http://blogpelikpelik.blogspot.com/2013/04/manusia-pelik-cashier-perempuan-yang.html

#FAKTA:UMNO tidak terlibat mencuri rakam dan menyebarkan video seks mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali #PRU13



UMNO tidak terlibat mencuri rakam dan menyebarkan video seks mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kerana mempunyai banyak kerja lain dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) pada bulan hadapan.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan beliau yakin UMNO tidak terlibat serta tidak menolak mungkin ia dilakukan oleh orang dalam Pas sendiri.

''Perbuatan itu mungkin dilakukan oleh orang dalam parti itu sendiri dan saya yakin ia bukan kerja UMNO,'' katanya pada sidang akhbar di PWTC bagi memperkenalkan ketua-ketua publisiti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

#PG13#PRU13:Pergolakan PR secara dalam antara CHEGUBARD vs USTAZ YUSNI @dzainalabidin


Dalam pelbagai usaha CheguBard atau Badrul hisham memperjelaskan isu perebutan kerusi di Sungai Acheh diantara PKR dan PAS bukanlah sesuatu isu yang dianggap biasa.Pelbagai cara menerangkan termasuk di laman Blog beliau sendiri.CheguBard sebelum ini menyatakan dalam tulisannya ''CHEGUBARD memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat''.Ternyata kenyataan itu BOHONG semata.

Sunday, 14 April 2013

# PRU13#PG13:HIMPUNAN ANAK MUDA ANJURAN PAKATAN gegar SHAH ALAM,hampir 20ribu!!


gambar ini sekadar hiasan...

nampak gayanya.. boleh pening kepala ds najib macam ni.. info yang aku terima, berpusu-pusu anak muda berkumpul di dataran shah alam, siap menjerit-jerit, HANCUR, HANCUR, HANCUR UMNO.. bergema satu shah alam... boleh senyumlah pas, sebab anak muda memang semuanya sah menyokong penuh pakatan rakyat.... BRAVO, BRAVO...

PANAS: SATU LAGI VIDEO SEIRAS STOPA ALI ??#PRU13#PG13



Kebelakangan ini dunia politik di tanah air kita semakin panas meluap-luap hingga ke tahap gunung berapi hebatnya,mana tidaknya Malaysia kini digemparkan dengan VIDEO yang dikata seiras dengan pemimpin-pemimpin pembangkang antaranya adalah ANUAR IBRAHIM,AZMIN ALI dan yang terbaru sejak dua tiga hari lepas digemparkan pula dengan video seks SEIRING DAN SEIRAS dengan Setiausaha PAS iaitu Mustapa Ali atau lebih manja dikenali sebagai STOPA ALI.

Saturday, 13 April 2013

#PRU13#GE13: Kenyataan TUN M,buat KIT SIANG berbulu!! tahap cipan KEMABUKAN


Kerjasama pelbagai bidang antara masyarakat Melayu dan Cina di negara ini akan berakhir jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum serta mengapi-apikan agar Cina membenci Melayu.

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC