Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 7 April 2013

HOT MUTAKHIR #OPS DAULAT: Ketua Lanun Sulu Ditangkap??



6 hari lepas, berita tentang kematian seorang panglima merangkap pengawal peribadi kepada Datu Piah, salah seorang ketua lanun Sulu yang menyerang Sabah telah didedahkan oleh media, baik yang bersifat konvensional mahupun siber.




Bagaimanapun, Datu Piah yang merupakan salah seorang daripada adik-beradik Kiram, tidak dapat dikesan. Sebaliknya dia dikatakan sedang bersembunyi di Semporna, Sabah.
Datu Piah bersama-sama Azzumudie dan Amir Bahar Kiram merupakan antara perunding lanun-lanun Sulu dengan Kerajaan Malaysia. Rundingan bagaimanapun menemui jalan buntu apabila Kerajaan Malaysia enggan menuruti kehendak lanun-lanun Sulu itu yang menuntut Sabah diserahkan kepada mereka. Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia telah berlembut dan memberi peluang kepada mereka untuk pulang ke Manila. Selama 23 hari, lanun-lanun Sulu itu bercakap besar kononnya mereka dapat mengalahkan pasukan keselamatan Malaysia dengan mudah.
Pada 1 Mac 2013, segala-galanya berubah apabila kejayaan lanun-lanun Sulu itu memperdayakan dua orang pegawai dan anggota polis kononnya hendak menyerah diri dengan mengibarkan bendera putih sebelum menembak kedua-duanya menggunakan khidmat penembak tepat. Kejadian tersebut menyebabkan pihak berkuasa Malaysia mulai bertindak. Lanun-lanun Sulu itu mulai diserang dan dibunuh. Konco-konco mereka juga diburu dengan sebahagian besar daripada mereka telah ditangkap, manakala sebahagian lagi, cuba melarikan diri.


Datu Piah juga tidak ketinggalan melarikan diri. Walaupun dikatakan, dia seorang yang kebal dan tidak tembus peluru, hakikatnya pasukan keselamatan Malaysia amat menakutkannya.

Walau bagaimanapun, lelaki yang dipercayai Datu Piah memandangkan keserupaan dan kemiripannya, telah ditahan dan ditangkap di Melaka!
Satu persoalan besar... mengapa di Melaka? Bagaimana dia berjaya sampai ke Melaka? Masakan Datu Piah berjalan di dasar laut dari Sabah ke Melaka?
Pihak polis bagaimanapun, belum lagi memberi sebarang ulasan berhubung penangkapan dan penahanan lelaki yang dipercayai Datu Piah itu.-KOSMO

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC