Tidak diduga kita,walaupun KELANTAN yang dianggap sebagai "Serambi Mekah" tetapi gejala sosial di negeri tersebut amat membimbangkan,ini kerana kita dapat lihat remaja-remaja disana lebih mudah terjebak dengan gejala kurang sihat atau lebih diklafikasikan sebagai PELACURAN,disebabkan kemajuan negeri yang agak mundur dan dimakan arus kemodenan remaja-remaja tersebut mudah terpengaruh dengan budaya baru yang datang kepada mereka.Faktor kehendak ingin MEMILIKI dan KEMISKINAN menyebabkan mereka sanggup untuk mengadaikan maruah mereka bagi mencapai hasrat tertentu?
persoalannya:
1.DIMANAKAH silapnya?IBUBAPA atau Kerajaan Negeri?yang tidak mengambil endah tentang sosial yang kian meruncing di negeri kelantan?
2.Adakah KELANTAN yang dikatakan negeri para ulamak dan oleh sebab itu sosial di negeri itu diabaikan??
Kesimpulan disini PAS Kelantan sememamgnya gagal membendung kegiatan tidak bermoral.Sikap angkuh kerajaan PAS Kelantan punca gelaja tidak bermoral semakin merosakkan rakyat negeri itu.Apa yang pasti jika untuk memulihkan KELANTA, Sudah tiba masanya BN bawa kemajuan sosioekonomi untuk rakyat Kelantan yang terlalu ketinggalan di belakang, 17 tahun janji stadium baru nak buat. Jelas PAS Kelantan tidak pedulikan rakyat Kelantan.
KLIK SINI UNTUK KE VIDEO.
laporan NSTP - SINI
Saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam. Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna.
Respon saya ialah, saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial. Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke semasa.
Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu bertindak?
Sepatutnya UMNO turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang diperkenalkan.
Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Persoalan sosial ialah masalah kita bersama. Kerajaan negeri telah memperkenalkan peraturan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika wujud aktiviti tidak bermoral, ertinya ia wujud tanpa kebenaran. Soalan saya, adakah meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah bermaksud kerajaan pusat membenarkan ia berlaku?
Jika hanya petak sawah kita dijaga dengan baik sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan ular dan tikus tanpa jagaan, ular dan tikus pun akan membiak masuk ke petak sawah kita!
Nik Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
No comments:
Post a Comment