Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday, 25 April 2013

PANAS: Dalang Kepada Kejadian PENGEBOMAN diketahui!! #PRU13 #GE13 #BENCIKEGANASAN #TOLAKPR



Sudah ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa kejadian letupan bom di Nibong Tebal & juga di Sekinchan sebagai sandiwara Barisan Nasional.Seluruh rakyat harus mengutuk unsur-unsur keganasan yg semakin menular ini!

PARA PECACAI PAKATAN CUBA JADIKAN PENGEBOMAN DI NIBONG TEBAL SEBAGAI SATU SANDIWARA!!!


''Alah, luka sikit saja... itu pun nak kecoh...

Kalau betul-betul letak bom, takkanlah takda sesiapa pun mati?

Bodoh tahap mega ler orang yang meletakkan bom di dalam sampah...''



Itu adalah antara kata-kata yang dituturkan oleh para pecacai, sama ada kata-kata tersebut berbentuk penulisan, mahupun lisan. Mereka merujuk kepada apa yang berlaku di Nibong Tebal. Bagi mereka, ianya tidak ubah seperti satu lagi sandiwara
Atau mereka cuba menggambarkannya sebagai satu lagi sandiwara sepertimana yang mereka lakukan dalam kes serangan lanun Sulu di Lahad Datu!

Keganasan nampaknya semakin menjadi-jadi dalam PRU13 ini. Sudah ada yang mati angkara kempen pilihanraya. Yang lebam, bengkak-bengkil dan patah tergeliat, jangan lagi dikirakan.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Pakatan Rakyat terutama sekali PKR sangat terdesak untuk menang. Memandangkan bersaing cara sihat dan mengikut undang-undang, Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang dan berjaya menguasai Putrajaya, senyap-senyap Pakatan Rakyat memilih untuk melakukan keganasan, pergaduhan, bahkan pembunuhan seperti yang berlaku di Gua Musang.

Mungkin menyedari, tembelang mereka sudah terdedah, para pecacai Pakatan Rakyat telah dikerahkan agar memperkecil-kecilkan insiden pergaduhan, pergaduhan dan pembunuhan dengan menjadikannya sebagai satu sandiwara. Sebarang kecederaan mahupun kematian atau kerosakan akibat perbuatan paa penyokong Pakatan Rakyat, akan disenyapkan, bahkan akan diputar belitkan sehingga kelihatan seperti perbuatan UMNO.Bukti BOM yang ditemui dan dihapuskan boleh baca selanjutnya disini dan sini

Dek kerana itulah, kita boleh melihat para pecacai Pakatan Rakyat memperlekeh-lekehkan insiden yang berlaku. Sebabnya amat mudah, mereka sedang mencuba agar kejahatan Pakatan Rakyat tidak akan dipersalahkan, sepertimana yang berlaku di Lahad Datu apabila mereka berusaha sedaya upaya berbohong bagi pihak Anwar Ibrahim, Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali.crdt assu.TOLAK PR PENIPU RAKYAT,YAKINI BN.SUMBER


P/S: untuk info lanjut berkenaan klik sini

12 comments:

  1. NABI SAW pernah memberi panduan pada umatnya setelah wafatnya beliau dan panduan dan nasihatnya juga datangnya dari ALLAH SWT. Maka apa yg dinasihatkan oleh NABI MUHAMMAD SAW jika tidak diikut atau dipatuhi sama lah seperti INGKAR kpd ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  2. Apa yg aku nak sampaikan bkn drpd nukilan aku sendiri tp aku ambil drpd sirah RASULLULLAH yg perlu kita sebagai seorang Islam mematuhinya.NABI SAW menasihatkan jika terjadi selisih faham antara 2 pihak yg kedua duanya beragama islam, kita dipihak yg ketiga sepatutnya jauhi dari masuk campur, menambahkan lagi kekecohan, sokong salah satu drpdnya atau jadi batu api yg membakar amarah mana mana pihak yg berselisih tu.

    ReplyDelete
  3. Jika tak mampu nak menahan selisih faham tersebut, kita dinasihatkan oleh RASULLULLAH utk masuk kerumah dan jgn babitkan diri dlm selisih faham tersebut. Jika terjumpa anak panah, hendaklah patahkan anak panah tersebut dan jika terjumpa busur maka potong hingga putus tali busur tersebut. Dan jika terjumpa pedang hendaklah dimusnahkan atau diganti dgn dahan kayu yg tidak mungkin akan meragut mana mana nyawa pihak yg bertelagah tu

    ReplyDelete
  4. Tapi blogger MALAYAN FIGHTER ni cenderung melaga lagakan dan menjadi batu api pergaduhan dan terputusnya silaturahim antara 2 saudara islam. Anda tak takut ker dgn azab api neraka. Saya bkn tuhan yg boleh jatuhkan hukuman sesama hamba. Tapi bila kita ingkar pada kata kata NABI SAW dan jika dari RASULULLAH dah semestinya dari ALLAH SWT. Apakah hukuman jika ingkar pada kata kata ALLAH SWT. Tak pernah ke terniat utk kuatkan semangat islam kat malaysia ni yg semakin hari semakin lemah. Tindakan lemahkan islam ni umpama tindakan "YAHUDI". Anda tentu marah jika saya samakan anda dgn "YAHUDI". Tapi tindakan anda menyerupai "YAHUDI".

    ReplyDelete
  5. Jadi lakukan perubahan utk bantu islam bkn melemahkan islam tu dgn melagakan, jadi batu api dan sebagainya. Tak sapa suka dgn tindakan anda sebenarnya. Tp anda jer beranggapan yg diri anda umpama SUPER HERO dgn menjadi penyokong buta sebelah pihak. Boleh tak jgn memihak sesapa dan gunakan kepandaian anda utk kuatkan islam. Sekurang kurangnya jaminan syurga tu tambah kuat. Dan tambah jauh anda dari neraka sakar tu.....MAAF kan saya jika menyinggung perasaan saudara tapi saya bertindak atas tanggungjawab. Taknak ditanya diakhirat kelak kenapa tak tegur saudara mu bila dah diketahui saudara mu itu melakukan kesalahan. Sekurangnya saya dah selesaikan tanggungjawab dgn menegur saudara. Terpulang pd MALAYAN FIGHTER utk terima teguran ni. Alhamdulillah jika ada usaha utk lakukan perubahan lepas ni dan SYABAS jika anda berjaya. Saya akan sama sama doakan. Wasalam........*saudara mu*

    ReplyDelete
  6. SEBELUM KITA BERPISAH, SAYA NAK BERTANYA PADA ANDA. ANDA SUDAH TENTU SEORANG ISLAM. SUDAH TENTU ANDA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISLAM DENGAN TUNAIKAN SOLAT 5x DALAM SEHARI. SEWAKTU ANDA SOLAT, ANDA TAK RASA SEDIKIT PUN MALU PADA ALLAH SWT. MALU DENGAN TINDAKAN SEBAGAI PENAMBAH PERISA ATAU AJINOMOTO DALAM PERSELISIHAN ANTARA 2 ORANG ISLAM. SEWAKTU MENGADAP ALLAH TU, MANA ANDA SOROK RASA MALU DAN BERSALAH PADA ALLAH...jangan jadi SUPER HERO YG AMAT BODOH TP JADILAH HAMBA YG BERHATI MULIA. HAMBA ITU LEBIH DIPANDANG OLEH ALLAH DARI SUPER HERO YG SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT TERAAAAAMAT BOOOOODOOHH.....fuh! Lega rasanya bila dah lepaskan apa yg ada kat dlm hati ni...terima kasih sbb membantu melegakan perasaan ni.... Wasalam

    ReplyDelete
  7. thank anon.... saya terima dengan hati yang terbuka....tapi ada sedikit teguran,saya dikatakan cenderung utk melaga-lagakn silaturahim 2 islam.... pernah tak anda dgr pemimpin atasan sebelah PR menyatakan bahawa UMNO kafir? dan PR (hijau) tidak akan sesekali bergabung dengan ISLAM UMNO... fitnah yg dilemparkan,perasaan benci yang ditanam dan disemai... Tidakkah perkara itu yang menjadi perpisahan 2 saudara islam?? apa yg penting skrng POLITIK TAKSUB kepada PARTI tidak harus wujud, sharusnya patut berpegang kepada yang benar ttp benar yang salah patut salah,bukan backup!! maaf....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya anda jangan wujudkan satu landasan utk menaikkan amarah, dendam dan kusut masaikan kedaan. Keterbukaan anda sgt saya hormati. Saya lbh hormati jika anda tutup terus blog ini. Sabda rasullullah ....jumpa anak panah maka patahkan anak panah tu, putuskan tali busur tu dan gantikan pedang besi dan tembaga dgn dahan kayu dan jika anda tidak mampu duduk didalam rumah dan diamkan diri. Rasullullah ingin kita jgn campur tangan. Kalau PKR pernah kata UMNO/BN tu kafir dan apa je lah tuduhan yg dilemparkan....tapi jika takda org yg sokong UMNO/BN dan tiada yg sokong tuduhan PKR tu, saya rasaselisih faham ni dapat dielakkan. Tapi disbbkan ada yg beria ia sokong dan jadi tulang belakang sesuatu hal tu....tak hairanlah jika hal kecil boleh jadi hal besar. Bayangkan jika blog mcm blog saudara ni tak wujud....keadaan takkan sepanas sekarang ni. Saya boleh jalankan tugas tp perubahan terletak dutangan anda. INGAT, INI BKN DARI BUAH FIKIRAN ATAU NUKILAN SAYA TAPI DARI SABDA RASULLULLAH DAN JIKA DARI NABI SAW, DAH TENTU IA DARI ALLAH SWT. DAN SESIAPA INGKAR AKAN PERINTAH ALLAH. SEMMGNYA SAYA SENDIRI AKAN PANGGIL DIA KAFIR. HANYA KAFIR LAKNATULLAH YG INGKAR PADA PERINTAH ALLAH !!!!!!......

      Delete
    2. anon 15:26

      harakah,malaysiakini..adalah antara media yang PEMFITNAH TERBESAR dalam malaysia....tidakkah ia lebih menaikkan amarah? sebelum menujah kepada pihak musuh,buat tujahan dulu kepada pihak sendri.....blog PEMBANGKANG lebih byk FITNAH dri FAKTA...Ingat juga perpatah menyatakan 'pokok tak akan bergoyang,klu xde angin yang meniupnya" tak akan KAFIR seseorang itu jika setiap perintah ALLAH S.W.T dilaksanakan dengan sempurna .... tapi sesedap rasa NIK AZIZ mengkafirkan org UMNO kn???????? renungkan lah......

      Delete
  8. Saya akan perhatikan anda dari jauh jer lepas drpd ni, semoga anda temui jalan yg benar2 puaskan hati anda tanpa langgar apa2 perintah Allah. Semoga anda berjaya didlm apa jua yg diusahakan. Tapi ingatlah kata2 saya yg tak seberapa ini, harap akan beri sedikit panduan. Saya yang jahil ni hanya mampu lakukan setakat ini shj. Semoga Allah restu dan beri rahmat dgn usaha saya ni. Wasalam

    ReplyDelete
  9. anon: 15:31
    Perhatikan Pemimpin Tertinggi anda dulu,sebelum nak memerhatikan MF, beri perhatian penuh kepada MAT SABU,STOPA ALI,yang mna dikatakan terdapat perkara2 kurang elok dilakukan,perhatikan juga Pemimpin UMUM,yang bnyk mmbuat onar dalam malaysia ni,perhatikan puak-puak pentaksub parti yang menghuru harakan malaysia kini,dengan BERSIH 1 2 3,yang tiada faedah dah merosakkan negara...wassalam....

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC