Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 5 April 2013

10 Kepala Manusia Di Temui Di Pinggir Jalan




Pemandangan mengerikan terjadi di Mexico. Pihak Berkuasa Mexico menemui 10 kepala manusia tanpa tubuh di jalanan dekat sebuah rumah penyembelihan daging di pinggiran Kota Mexico City. Potongan kepala manusia ini sengaja dijajarkan dengan rapi dan diduga merupakan mangsa keganasan sindiket dadah Mexico.

Sepuluh kepala manusia ini ditemui berhampiran dengan rumah penyembelih di Teloloapan, sekitar 249 km sebelah selatan Mexico City. Bahagian tubuh dari 10 kepala tersebut belum juga berjaya ditemui oleh pihak berkuasa tempatan.

Dari potongan kepalanya, boleh dikenal pasti bahawa 7 kepala di antaranya berjenis kelamin lelaki dan 3 kepala lain berjenis kelamin perempuan. Dianggarkan pemilik kepala-kepala tersebut berusia sekitar 20 tahun hingga 35 tahun.

Polis Teloloapan menceritakan, potongan kepala tersebut ditemui bersama sebuah mesej yang isi kandungannya mengancam sindiket dadah La Familia. Diketahui bahawa wilayah Teloloapan berada di kawasan di Guerrero, Tierra Caliente, di mana sering terjadi pertempuran sengit antara kumpulan dadah La Familia dengan pesaingnya, iaitu kumpulan dadah Los Caballeros Templarios.

"ini akan terjadi kepada seluruh orang yang menyokong FM (La Familia-red)," demikian bunyi mesej peringatan tersebut.

Penemuan kepala-kepala ini terjadi tepat seminggu sebelum kunjungan Paus Benedict XVI ke Mexico. Dijadualkan, Paus akan mengunjungi wilayah Guanajuato pada Jumaat (24/3) hingga Isnin (27/3) akan datang.

Terhadap kunjungan Paus tersebut, kumpulan dadah Los Caballeros Templarios telah berjanji tidak akan melakukan keganasan selama Paus bekunjung. sindiket dadah ini telah memasang 11 sepanduk yang tersebar di 5 bandar di Guanajuato bahawa pihaknya akan menjaga kedamaian selama kunjungan Paus

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC