Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh
blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo
berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan
juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.
Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan
Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti
setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja
yang didedahkannya sebelum ini.
Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman
blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil
tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan
sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau
akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di
kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.
Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?
Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!
Meneliti akaun Twitter blogger Papagomo, Papagomo sedar sebenarnya yang
beliau akan kalah. Tetapi pelannya bertanding di Parlimen Permatang Pauh
untuk “berkongsi bahan kempennya ” bersama -sama warga Permatang Pauh
di sana sekaligus dengan harapan dapat memecahkan sedikit -sebanyak
jumlah majoriti yag bakal dimenangi Anwar Ibrahim kelak.
Jikalau Anwar Ibrahim mungkin akan meneruskan agenda kempen seperti yang
dipersetujui oleh pilipinan Pakatan Rakyat bagi membentangkan manifesto
pakatan Rakyat (SEPERTI DI SINI)
termasuklah hebahan agenda ekonomi kepada warga Permatang pauh amnya,
apa pula agaknya bahan kempen yang bakal dihidangkan Papagomo untuk
warga Permatang Pauh yang boleh mengganggu gugat dan memecahkan seberapa
banyak jumlah majoriti yang pernah dimenangi Anwar Ibrahim semasa
Pilihanraya kecil Permatang Pauh sejumlah 15,671 undi?
Adakah risalah kempen seperti dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim
ataupun juga beberapa lagi siri video lucah dan liwat yang didakwa
melibatkan Anwar Ibrahim akan dipertontonkan Papagomo kepada rakyat
Malaysia umumnya dan warga Permatang Pauh amnya sepanjang berlangsung
kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak? -SUMBER
No comments:
Post a Comment