Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 16 July 2013

DR.Yusri Mohammad Jawab berkenaan kes Lina joy(video)


Kes murtad yang melibatkan umat islam  adalah sesuatu perkara yang bukan boleh diambil remeh,jika didapati bersalah dalam hukum hudud sendiri adalah direjam sampai mati.


Tetapi amat meneyedihkan dengan keterangan daripada NURUL IZZAH dengan pendapat yang amat songsang dari segi syarat-baca selanjutnya. .

Bagaimana ISLAM akan sentiasa di MARTBATKAN jika kepimpinan daripada PR,PAS ataupon PKR menyokong atau membiarkan ISU MURTAD dipandang sepi?? adakah dengan menyatakan Memperjaungkan Hak Rakyat dan Agama layak untuk menjaga Kesucian ISLAM yang selama ini menjadi AGAMA RASMI di Malaysia??

HUKUMAN HUDUD BAGI KESALAHAN RIDDAH ( MURTAD ) :

Hukuman mati bagi mereka yang melakukan jenayah murtad juga adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana umat Islam . Ini disebabkan dalil-dalil yang memerintahkan agar orang yang murtad itu dibunuh adalah dalili-dalil yang kukuh lagi sudah terkenal di kalangan umat Islam .

Di antaranya ialah hadist pertama di atas ( di dalam Fasal Pertama : HUKUMAN REJAM BAGI KESALAHAN ZINA ) .

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : “ Barang siapa sahaja yang menukar agamanya ( keluar drp Islam ) maka hendaklah dia dibunuh “
~ Riwayat Imam al-Bukhari rh ( 2 /280) ; Imam Abu Daud rh (4351); Imam at-Tirmizi ( 145) ; Imam an-Nasaie,( 7/104) , Imam Ahmad ( 1/282) dan al-Imam asy-Syaukani rh di dalam Nailul Autor ( 7 / 190 ) .

Drp hadist-hadist di atas , majoriti fuqaha’ ( cendekiawan perundangan Islam ) telah menetapkan bahawa seseorang yang murtad itu ( tanpa mengira jantina ) hendaklah dijatuhi hukuman mati .Ada pula para ulama’ rh yang menyatakan bahawa hukuman itu dijatuhi setelah si murtad itu menerima kaunseling dan nasihat ( agar kembali kepada Islam ) dalam jangka masa tertentu ( contohnya 3 hari ), dan kalau dia masih enggan dia hendaklah bersedia menerima hukuman mati di atas kesalahan murtad tersebut .

Manakala menurut Imam Abu Hanifah rh pula , seseorang pesalah murtad drp golongan wanita tidaklah dijatuhi hukuman mati melainkan hendaklah dia dikurung sehinggalah dia kembali kepada Islam ataupun sampailah dia mati ( kalau dia enggan menerima Islam kembali ) . ~ Lihat al-Mabsut ( 10 / 98 ) , Fathul Qadir ( 4 / 385 ) , al-Badai’e ( 7 / 134 ) Tabyin al-Haqaiq oleh Imam az-Zaila’ie rh ( 3 / 383 ) , Ad-Dur al-Mukhtar ( 3 / 312 & 326 ) .

## Walaupun Imam Abu Hanifah rh tidak menyatakan bahawa wanita yang murtad itu perlu dihukum bunuh akan tetapi ini bukanlah alasan yang munasabah yang boleh dieksploitasi oleh golongan yang benci kepada tertegaknya hukuman Islam ( khasnya hukuman Hudud ) untuk menjadikan ia sebagai DALIH agar tidak dilaksanakan undang-undang Islam sebagai dasar perundangan tertinggi bagi sesebuah negara !!! .




P/S: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT,ISLAM AGAMA RASMI,JANGAN KERANA POLITIK NEGARA KITA HANCUR!!!!

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC