Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 1 July 2013

SIAPA PRESIDEN PERTAMA SINGPURA??


 
Yusof bin Ishak
Yang di-Pertuan Negara Singapura (1959-1965); Presiden Singapura
(1965-1970)

Encik Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970) adalah Presiden Singapura yang pertama. Beliau dilahirkan di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Taiping, Perak. Bapanya, seorang keturunan Minangkabau, berasal daripada Sumatra Barat dan ibunya dari Langkat. Mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan setelah itu ke Perak, Malaysia.

Encik Yusof adalah anak sulung di dalam keluarga yang terdiri daripada 9 orang. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Encik Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School di Taiping dan pada 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada 1923, bapanya telah ditempatkan ke Singapura. Encik Yusof mengikuti keluarganya dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.

p/s : Presiden Singapura yang purtama adalah anak Melayu, berasal dari Tepen,kalaulah legasi Presiden ni orang Melayu boleh pertahankan hingga ke hari ini, mungkin nasib orang melayu di Singapork akan jauh berbeza. Apa pendapat anda ?-SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC