Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 9 July 2013

Pemimpin PAS Bacul!! Takutkan KARPAL SINK!!

th
Hari ini terpampang di dada akhbar mengenai kenyataan yang kononnya mewakili PAS menegur Pengerusi DAP, Karpal Singh, supaya tidak memberi kata dua pada rakan Pakatan Haramnya untuk membantah pindaan perlembagaan Perkara 12 (4).
Perkara berkenaan adalah berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun di mana ia menetapkan kurang daripada golongan yang berusia 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan memeluk agama Islam dengan keizinan ibu, bapa atau penjaga.
Karpal memang dari awalnya tidak setuju dengan kandungan perlembagaan ini. Dia bantah. Dan kini dia mahu PAS dan PKR juga membantah apa yang DAP bantah. Karpal memaksa PAS dan PKR setuju dengan agenda DAP mengenai kesamarataan hak beragama?

Persoalan saya, kenyataan yang kononnya mewakili PAS itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. Kenapa hanya pemimpin PAS yang berjawatan rendah dan bukannya pemimpin utama PAS yang beri kenyataan membantah Pengerusi DAP itu?
Mana perginya Mursyidul Am PAS? Mana perginya Presiden PAS? Mana hilangnya Timbalan Presiden PAS? Dan ke mana ghaibnya Setiausaha Agung PAS? Apakah mereka semua dilanda penyakit “bisu” dan “bisul” di lidah masing-masing?
Kenapa hanya Penolong Setiausaha Agung PAS yang bersuara membantah Karpal Singh? Pemimpin utama PAS bacul dan pengecut untuk berdepan dengan peguam senior itu, kah?
Pada hemat saya, ini adalah satu lagi helah PAS untuk bermain “wayang” bagi mengambil hati para penyokongnya yang semakin ramai meninggalkan parti itu.
Mungkin mereka makin sedar tentang tindakan ramai pengikut mereka yang meninggalkan PAS yang semakin hilang arah tuju, tidak mampu mempertahankan dasarnya di dalam Pakatan Haram dan hanya mampu menjadi “pak turut” di dalam gabungan parti pembangkang tidak rasmi tersebut.
Sebelum ini, kenyataan-kenyataan dari PAS mengenai perkara-perkara kontroversi hanya dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan yang paling rendah sekalipun akan diumumkan oleh Setiausaha Agungnya.
Tapi kali ini, PAS hanya menghantar Takiyuddin untuk berdepan dengan Presiden DAP? Pada saya, teguran dan tindakan melalui Penolong Setiausaha Agung PAS itu memang sama sekali tidak serius memperjuangkan kepentingan aqidah umat Islam.
Sepatutnya, PAS dan PKR tidak mementingkan kepentingan politik apabila pindaan perlembagaan yang bakal dilaksanakan kerajaan BN itu melibatkan kepentingan umat Islam. Mereka patutnya menyokong usul dari Kerajaan BN tersebut.
Dan mungkin kerana usul pindaan itu datangnya dari Kerajaan BN, dan ditentang oleh DAP, PAS rasa serba salah untuk menyokong dasar pindaan yang memastikan kepentingan aqidah umat Islam itu terpelihara? Mana pendirian PAS berhubung usul ini?
Sekiranya PAS benar ikhlas membela kepentingan umat Islam, tak perlu tunggu Takiyuddin menegur Karpal, Nik Aziz yang berada di Kelantan pun awal-awal lagi boleh keluar kenyataan menghentam Pengerusi DAP itu, bukan?
Malah Hadi, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mustapa Ali pun dari awal lagi boleh “membelasah” Karpal secara berdepan di Parlimen. Kalau mereka boleh hentam BN secara berdepan, mengapa tidak berani hentam Karpal di depan semua orang? Takut pada Karpal?
Sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC