Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 15 July 2013

VIDEO: TUKAR AKTA HASUTAN, MACAM MANA PUN KEKALKAN 4 PERKARA UTAMA..!!


Kerajaan telah pun putuskan Akta Hasutan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Harmoni.Seharusnya perkara-perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana memungkinkan sesuatu yang tidak baik akan sentiasa berleluasa.


Bagi MF kita sentiasa kena bertegas kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum jika AKTA ini tidak memainkan peranan sebaik mungkin,kemungkinan besar pergaduhan antara kaum boleh tercetus melalui HASUTAN sesentengah pihak yang mementingkan agenda tersendiri.Apa yang MF ingin nyatakan bahawa MF sependapat dengan GR-baca seterusnya



Tahniah GR ucapkan pada Menteri Dalam Negeri bertegas 4 perkara utama  yang termaktub dalam Perlembagaan harus dipertahankan iaitu Kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu dan Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangasaan.


Kita semua harus ingat, puak pakatan haprak akan cuba sedaya upaya untuk ubah Perlembagaan. Kita sebagai rakyat Malaysia harus pertahankannya dan jangan sampai orang lain cuba untuk jual negara yang kita cintai ini.
INGAT!! pemimpin pakatan haprak sendiri, mereka menghina agama Islam dan permainkan ayat suci Al Quran. Apa yang jadi sekali pun, perkara baru dalam Akta Harmoni harus diperhalusi dan 4 perkara utama yang disebutkan HARUS DIKEKALKAN dan DIPERTAHANKAN!!- SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC