Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 2 September 2013

ATM,POLIS,VAT69 SELURUH ANGGOTA KESELAMATAN ADALAH ASET PENTING UNTUK NEGARA!!!




KUALA LUMPUR- Setelah mematahkan pencerobohan pengganas di Sabah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kejayaan dengan mempamerkan aset kekuatan mereka di hadapan kira-kira 200,000 orang pada perarakan sempena ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara di Dataran Merdeka Sabtu.

Bertemakan ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’, sambutan itu melibatkan ketumbukan besar pasukan keselamatan negara melalui penyertaan 5,000 anggota dari ATM dan PDRM melibatkan 210 aset pertahanan dan keselamatan negara.


Ketua Bahagian Hal Ehwal ATM Lt Kol Bakhtiar Nor Md Alias memberitahu Bernama ATM mempersembahkan buat pertama kalinya aset terbaharu pasukan pertahanan itu iaitu dua unit helikopter buatan Perancis EC725 Super Cougar, yang diterima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Disember lepas, dan satu unit kereta perisai pengangkut 8×8.

Selain perbarisan 3,700 anggota, antara aset yang dipertontonkan kepada umum ialah 17 unit kenderaan tempur Infantri Mekanis Adnan terdiri daripada jenis G WAGON (enam unit), VAMTAC (empat unit), SUPACAT (dua unit).

“Selain itu, kenderaan tempur Kor Armor Diraja iaitu Condor (lapan unit), Sibmas (dua unit), Stormer (dua unit), Kereta Kebal Pendekar (enam unit) dan kereta kebal ringan Scorpion (dua unit),” katanya.

Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, ATM dan PDRM melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan untuk menghantar pulang pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, menemui jalan buntu.

Pencerobohan itu juga menyaksikan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan di Semporna apabila diserang pengganas pada 1 dan 2 Mac, serta mengorbankan dua anggota tentera.




Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esszone) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah.

Bakhtiar berkata turut dipertontonkan dalam perarakan itu ialah kenderaan bantuan tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja, iaitu seunit pengendalian jambatan automatik, tiga unit kenderaan membawa jambatan dan dua unit kereta perisai jurutera.

Rejimen Artileri Diraja menampilkan Meriam 105 MM (dua unit), Meriam 155 MM (dua unit), aset pertahanan udara Misil Jernas (dua unit), Misil Igla (dua unit), dan aset roket Kenderaan Pelancar Astros (empat unit) kenderaan bantuan tempur Kor Perkhidmatan Diraja, Transporter Adnan (satu unit), Transporter Pendekar (satu unit), katanya.



Kenderaan bantuan khidmat Kor Kesihatan Diraja pula mempamerkan Ambulans Medan (dua Unit), Hospital Medan (dua Unit), bas perkhidmatan pergigian bergerak ATM (satu unit), Ambulans (dua unit), katanya.

“Aset helikopter pula ialah dua buah Agusta A 109 tentera darat, dua unit Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dua buah Nuri dan aset pesawat pula ialah empat buah pesawat tempur Sukhoi SU 30-MKM, empat buah Fa-18D Hornet, empat buah Hawk dan sebuah Hercules C-130,” katanya.

Penyelaras Perbarisan Kontinjen PDRM DSP Mohd Junaidi Mat Akhir berkata sejumlah 1,300 pegawai dan anggota terlibat dalam perarakan hari ini dari Unit Tugas Am, Pelancong, Trafik, Polis Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan.

“Bagi aset kenderaan PDRM, sebanyak 107 unit melibatkan 71 motosikal dan 36 kereta antaranya Unit Trafik, Unit Ronda Bermotosikal, Unit Kereta Peronda, bas serta van bergerak, Hilux K-9, forensik, Ferret Scout Car, V100 dan Water Cannon PDRM,” katanya.

-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC