Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 18 September 2013

MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa Kena Halau Pemilik Restoran!!!



MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata beliau kecewa dengan usaha pihak tertentu yang cuba menyekat dialog pelbagai agama dengan masyarakat Kristian anjurannya.
Tentangan ke atas sesi dialog di Butterworth itu bermula dengan perhimpunan oleh beberapa orang anggota NGO di Georgetown pada hari Sabtu lalu, diikuti dengan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya pada keesokan hari.


Mujahid berkata, beliau diberitahu supaya menghentikan dialog di Gereja Anglicasn St Mark pada malam tadi kerana tidak mempunyai “kepakaran” untuk menjalankan sesi berkenaan dan juga dakwaan bajawa beliau tidak mewakili masyarakat Islam.

Mujahid juga diminta untuk mendapatkan keizinan Majlis Raja-raja untuk menjalankan dialog seperti itu.

“Bagi saya, ini pandangan mereka. Malang sekali, setelah semua persiapan dibuat, masih ada lagi usaha untuk menghalang dialog ini,” katanya dalam satu sidang media pada malam tadi.

Katanya, pihak gereja malah terpaksa menukar lokasi dialog tersebut akibat tekanan berkenaan, namun majlis dialog berkenaan tetap menerima halangan.

Tambahnya, walau suasana tegang timbul di peringkat awal, kira-kira 60 orang, termasuk beberapa orang anggota NGO Melayu yang menghalang dialog berkenaan kemudiannya menyertai sesi berkenaan.

Acara itu tamat sekitar jam 10.30 malam.

Mengulas mengenai kebenaran untuk mengadakan dialog, Mujahid berkata Malaysia merupakan negara bebas dan tidak perlu ditetapkan untuk meminta kebenaran.

Katanya, ia hanya satu usaha dari seorang warga yang juga seorang MP untuk mempromosi keharmonian dan kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

Tambahnya, beliau dan pasukan anggota PAS akan meneruskan dialog dan tidak akan tunduk kepada tekanan pihak tertentu.sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC