Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 17 September 2013

Tidak Ada Sebab Mayat Chin Peng Harus Di Bawa Pulang Ke Malaysia !!



Kematian Chin Peng yang di laporkan oleh Bangkok Post pagi tadi telah mendapat reaksi pelbagai daripada banyak pihak di Malaysia.Malah sudah ada suara-suara sumbang yang mahukan mayat Chin Peng di bawa pulang ke Malaysia.


Tak faham MMI , bagi mereka yang TIDAK punya hati dan sayangkan bumi bertuah ini mungkin tidak ada masalah namun MMI yakin ramai lagi di luar sana yang tidak dapat menerima waima abu Chin Peng sekalipun yang di bawa pulang.



Generasi terdahulu pasti masih terbayang tentang kekejaman komunis di bumi Malaya maka sebagai rakyat Malaysia , MMI turut menentang sebarang cubaan ke arah itu.


Sementara itu jika ada pihak-pihak tertentu yang masih menaruh impian hendak membawa balik abu mayat Chin Peng untuk disemadikan di bumi Malaysia...elok lupakan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tegas sekali menentang sebarang usaha seumpama itu ekoran kematian pemimpin Parti Komunis Malaysia itu di Bangkok hari ini.


Dalam satu kenyataan,beliau berkata kematian Chin Peng tidak dapat memadamkan rasa kebencian pada mendiang terutama dikalangan balu-balu polis dan tentera yang terkorban di zaman darurat.


"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumi di Malaysia.Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik,NGO atau individu tertentu.


"Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini (Malaysia),"tegas Zahid.


Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata Chin Peng bukan warganegara Malaysia.Beliau juga tidak pasti samaada Chin Peng warganegara Thailand,negara mana beliau tinggal dalam buangan selama ini.


Maka beliau tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia.


Bagi beliau Chin Peng sudah mati dan tidak nampak ia harus dijadikan suatu isu.agendadaily


MMI

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC