Walaupon tidak mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia bagi penggunaan KALIMAH ALLAH dalam kitab BIBLE,sesetengah penganut agama tersebut dengan biadap menggunakannya dalam satu majlis rasmi mereka.
Bayangkan jika mereka berjaya mendapatkan KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKANNYA dengan lebih berleluasa??
Gambar tertera " Allah Bangkit " ini bukannya dari Indonesia tetapi sudah bertapak di Semenanjung Malaysia walaupun keputusan Mahkamah hari ini telah menangguhkan untuk membuat keputusan .
Betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .
Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH” Al-Baqarah: 120
Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .
Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ? Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu kita akan mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH”;
Adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!
Dipercayai individu daripada NGO ini merupakan penyokong tegar PR yang menyokong penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian di Malaysia
KP berharap pihak berkuasa akan menyiasat mengenai gerakan NGO kristian ini dikhuatiri menyalahgunakan kalimah Allah yang masih lagi dalam perbicaraan mahkamah dan perintah injuksi perlu dikeluarkan untuk menghalang mana-mana agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan agama mereka.-sumber
Laporan APTerkini :
Keputusan pengunaan KalimahAllah belum diputuskan penggunaannya. Tapi keputusan ini diingkari oleh sebuah NGO di P.Pinang, Penang Diocesan Migrant Ministry-DMM yg menganjurkan satu program di Teluk Intan itu mereka mengikari larangan dengan mengunakan KalimahAllah. Mohon sebarkan utk tindakkan selanjutnya oleh pihak berkuasa.-sumber
Laporan seterusnya : Klik Sini
No comments:
Post a Comment