Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam di negara ini mempergiat penjelasan mengenai isu kalimah Allah. Ini kerana kata Naib Presidennya Datuk Zulkifli Noordin, masih ramai umat Islam yang didapati tidak memahami betapa pentingnya isu itu diperjuangkan bagi mengelak diguna oleh bukan Islam.
"Saya ada terima ''tweet'' daripada orang Islam sendiri yang masih mempertikaikan kenapa kita menghalang agama Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ada juga mesej yang saya dapat mengatakan berdemo untuk membantah isu kenaikan (harga) minyak lagi baik dari perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.
Pada masa yang sama Zulkifli yang juga peguam pemerhati kes itu menasihati NGO terbabit agar melakukan penjelasan secara berhemah dan tidak memperlekeh keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.
Sementara itu Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan penghakiman berhubung rayuan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan mingguan katolik, The Herald, menggunakan kalimah ''Allah''.
Kira-kira 500 anggota daripada beberapa NGO berkumpul di situ sejak awal pagi untuk memberi sokongan terhadap kerajaan berhubung rayuan berkenaan. Selain Perkasa, turut kelihatan anggota Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) dan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Mereka yang berkumpul sejak 8 pagi hanya bersurai kira-kira 5 petang selepas mahkamah selesai bersidang. Turut kelihatan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.-sumber
TERKINI KEBIADAPAN penganut agama Kristian yang menggunakan kalimah ALLAH,sedangkan Tidak mendapat Keputusan daripada MAHKAMAH -baca selanjutnya disini juga disini
Ingat 13 mei 1998 di Indon. Apa TERJADI.... ?
ReplyDelete''AMOK'' perkataan yg tiada dalam kamus. Ianya menggambarkan ''kegilaan'' kaum melayu apabila dicabar keterlaluan.
JANGAN SAMPAI INI TERJADI DI TANAH MELAYU. Ingat......?