Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday, 5 September 2013

'SAYA TAK MENYANGKA HISHAMUDDIN RAIS AKAN JADI PENDERHAKA'


Sebenarnya semasa saya mencadangkan kepada kerajaan melalui seorang menteri kabinet dato' musa hitam, agar kerajaan malaysia membenarkan hishamudin rais yang lari dari negara ini dibenarkan pulang, saya tidak menyangka beliau akan menjadi penderhaka kemudiannya.

Semasa saya dipilih menjadi presiden majlis perwakilan pelajar (persatuan mahasiswa universiti malaya rengkasnya pmum atau dipanggil juga umsu) pada tahun 1979...satu hari, saya dirayu oleh bapa saudara hishamudin rais yang menjadi taukeh kepada sebuah restoran di pantai baru, tempat kami selalu makan dan minum, ketika tiada kelas di um...

Kata bapa saudaranya, keluarga mereka sangat sedih kerana hishamudin tidak dapat balek ketanah air, berikutan beliau lari dari tindakan undang2 kerana mencetuskan huruhara menentang kerjaan bersama aktivis sosialis lain di kampus um dan dll pada awal 1970an, anjuran persatuan bahasa china universiti malaya (pbcum), yang diharamkan kerana dipengaruhi komunis. pbcum adalah satu dari 74 persatuan dibwah naungan pmum/umsu di um itu.

Memandangkan peristiwa itu telah lima tahun berlaku (dari tahun sewaktu saya mengambil alih kepimpinan pmum), saya fikir, fikiran hishamudin rais tidak lagi ada unsur menentang kerajaan, memandangkan isu-isu yang dibangkitkan dulu telah berlalu...lalu saya bertekad nak menulung keluarganya melalui pakciknya itu...

Pada satu hari dato' musa hitam datang kekampus um, atas jemputan kami, untuk merasmikan satu program pmum, saya yang duduk disebelahnya dalam majlis perasmian itu, membisikkan hasrat bapa saudara hishamudin rais itu, dan saya lihat dato' musa mengambil buku notanya dari kocek bush jeketnya, terus menulis apa yang saya sebutkan itu, sambil berkata: "Saya akan lihat apa yang boleh saya buat.."

Beberapa ketika kemudiannya, kerajaan membenarkan hishamudin rais kembali ke tanahair...seorang saudaranya yang juga berkerja setempat dengan saya di kumpulan utusan melayu sebagai wartawan, mengucapkan terima kasih kepada saya bagi pihak keluarganya atas usaha mencadangkan kepada kerajaan untuk membawa balek saudaranya yang melarikan diri di luar negara itu..

Bagaimanapun, saya percaya bukan saya seorang saja yang meminta kerajaan membenarkan hishamudin rais kembali ke tanahair, mungkin ada sumber lain lagi yang keluarganya lakukan untuk tujuan yang sama...namun bagi saya yang berbuat demikian, langsung tidak menyangka yang beliau, bila telah kembali ke tanahair, bukan untuk menjadi rakyat yang baik, malah saya dapati beliau menjadi dalang kepada 'demonstrasi jalanan' dan bersatu dengan anwar ibrahim, menganjurkan perhimpunan 'bersih' yg kotor itu, padahal saya difahamkan semasa di kampun um dulu, anwar mempunyai ideologi islam dan hishamudin berideologi sosialis...

Yang paling saya kecewa dan langsung tak menyangka, beliau jugalah menjadi dalang kepada budak jahat bagi rakyat dan negara ini adam adli yang biadab itu, menghina bendera kemegahan negara 'jalur gemilang' dengan memaparkan bendera baru ciptaan mereka yang menggantikannya dengan bintang2 menyamai bendera komunis...

Tidak lain lagi, hishamudin rais kini telah bersatu dengan golongan pro komunis dalam parti DAP, seperti yang didedahkan oleh presiden pas abdul hadi awang dalam pru13 lalu, bahawa ada pihak yang mempromosikan ideologi kumunis dalam DAP kini....

Hishamudin Rais, anda mengecewakan saya, dato' musa hitam, anggota keluarga anda dan seluruh rakayat negara ini.

FACEBOOK

 sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC