Empat anggota exco daripada Pergerakan Pemuda Umno bakal bertanding
merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno Oktober depan, kata Ketuanya,
Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Exco dan perwakilan Pemuda Umno hari ini.
"Kita kemukakan empat calon daripada pergerakan pemuda bertanding Majlis Tertinggi Umno Malaysia.
"Saya sebulat suara menyokong dan meminta semua perwakilan memberi
sokongan tidak berbelah bahagi kepada empat calon kita," katanya pada
sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno Malaysia
di PWTC hari ini.
Empat nama yang bakal
berentap ialah Naib Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan,
Datuk Rizal Merican, Exco Biro Ekonomi, Datuk Sohami Shahadan serta
Ketua Unit Media Baru, Tun Faisal Tun Ismail Aziz.
Selain itu Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut mengumumkan
calon yang akan bertanding bagi mengisi kerusi Naib Ketua Pemuda.
Antara empat nama yang disebut adalah tiga daripada Exco Pemuda Jamili
Jaafar, Lokman Nor Adam dan Irwan Zulkifli serta Ketua Pemuda Umno
Perak, Khairul Azwan Harun.
Khairy dalam pada itu turut mengulangi kenyataannya untuk mempertahankan kerusi Ketua Pemuda.antarapos
Terbaiklah ! Keempat-empat calon merupakan mereka yang selama ini
bekerja untuk pemuda dan bertungkus-lumus untuk UMNO rasanya tidak salah
perwakilan memberikan sokongan.
No comments:
Post a Comment