Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 6 September 2013

A Samad Said akan dilucut gelaran, dan kerakyatan??



KUALA LUMPUR: Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.-sumber

p/s: elok sangat dah kalau dilucutkan kewarganegaraan tu,sepatutnya kita berjuang dan mempertahakan negara,ini tidak siap nak tukar negara lagi,amboi senang sangat kan,memang tak layak tinggal di Malaysia dah mamat ni..

1 comment:

  1. Ada pihak yang mendesak supaya kerajaan menarik balik anugerah dan kerakyatan. Dia mengalu-alukan kalau kerajaan berbuat demikian. Kalau dia betul-betul gentleman, tak payahlah bercakap banyak. Bertindaklah dengan dia sendiri menyerah balik kedua-duanya!

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC