Sedar atau tidak kita dengan Rukun Negara?
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Sudah lama berlaku bahawa kebanyakkan mereka yang Chauvenist ini tidak mengambil kisah dengan apa yang terkandung dalam Rukun Negara. Malah boleh saya katakan bangsa Chauvenist ini tidak tahu apa itu Rukun Negara. Malah lebih jijik bila kebanyakan Chauvenist ini mencabuli Rukun Negara itu sendiri.
"Kepercayaan Kepada Tuhan" - tidak dihormati oleh puak puak Chauvenist ini bila banyak pekara berlaku yang mana mereka ini menghina Allah SWT.
"Kesetian Kepada Raja Dan Negara" - Semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini yang mana kita sendiri dapat lihat mereka menghina Raja Raja Melayu serta menghina Negara Malaysia tempat lahir mereka.
"Keluhuran Perlembagaan" - Menjadi bahan peperangan mereka puak puak ini dengan cuba menentang apa yang ada termasuk mahu Hak Bumiputera dihapuskan.
"Kedaulatan Undang Undang" - Semakin diperlekehkan oleh puak puak ini seperti mana mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah dalam isu "Kalimah Allah". Undang Undang juga dijadikan modal untuk puak puak ini bermain cara halus merosakan minda umat Islam dan bangsa Melayu.
"Kesopanan Dan Kesusilaan" - Tidak lagi puak puak ini bersopan mahupun menghormati sesama rakyat Malaysia apatahlagi menghormati umat Islam mahupun orang Melayu.
Pendek kata segala yang terkandung didalam Rukun Negara tidak diperaktikan oleh bangsa Chauvenist ini dan mereka hanya membakul sampahkan apa yang terkandung didalam Rukun Negara.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan perlu MEWAJIBKAN setiap pusat Ilmu bermula dengan Tadika/ Taska, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Jenis Cina, Tamil, Menengah, Pusat awam dan mana mana sahaja lokasi yang merupakan tempat awam untuk meletakan RUKUN NEGARA. Malah adalah wajar dan tidak keterlaluan jika saya katakan setiap premis perniagaan perlu ada Rukun Negara.
Sekurang kurangnya kita memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sayang dan kasih pada Negara Malaysia yang tercinta ini. Ianya juga boleh mengajar bangsa Chauvenist ini tahu apa itu Rukun Negara.
- Malay Rights
Xsuka dgn perlembagaan malaysia p balik negara hampa la cina wei...bangang....hampa mai sini pun kami xjemput.
ReplyDelete