Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali.
Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai
Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan.
Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja
yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC.
Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka
pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan
seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC.
Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.
- 15-25 ahli – Seorang perwakilan
- 26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan
- 51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan
Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama
perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865
cawangan adalah 2576 orang.
Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan
bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti
perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi
kepada mereka.
Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau
undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan
bapanya.
Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di
tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng
menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang
suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke
atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan
Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau.
Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati
Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11.
Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke
13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas.
- Teng Chang Kim - 1905 undi
- Nga Kor Ming – 1828 undi
- Chow Kon Yeow – 1739 undi
- Boo Cheng Hau – 1711 undi
- Ngeh Koo Ham – 1577 undi
Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap
bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india
pula marah kerana isu Kampung Buah Pala.
Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres
Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke
melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama,
dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya
berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak.
Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk
memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi
Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik
kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP.
Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan
perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh
kongres.
Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang.
Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut.
1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres
Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara
senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.
2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil
A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan
perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal
pasti menentangnya tidak diberikan notis.
3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh
Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang
yang boleh mengikuti arahan mereka.
4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi
pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap
perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak
mengundi untuk memilih CEC.
5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.
6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram
yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah
disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak
disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.
7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya
mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta
untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng
Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan
ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.
Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan
sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku
kelewatan yang ketara. Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua
memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang
dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan
tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah.
Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya
sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony
Pua.
- Lim Kit Siang – 1607 undi
- Lim Guan Eng – 1576 undi
- Karpal Singh – 1411 undi
- Chong Chieng Jin – 1211 undi
- Anthony Loke – 1202 undi
- Vincent Wu – 1202 undi
- Tan Kok Wai – 1199 undi
- Gobind Singh – 1197 undi
- Tony Pua – 1162 undi
- Teng Chang Kim – 1152 undi
- Fong Kui Lun – 1137 undi
- Nga Kor Ming – 1075 undi
- Chong Eng – 1006 undi
- Chow Kon Yeow – 986 undi
- Liew Chin Tong – 984 undi
- M. Kulasegaran – 984 undi
- Boo Cheng Hau – 958 undi
- Teresa Kok – 925 undi
- Teo Nie Ching – 903 undi
- Ngeh Koo Ham – 824 undi
Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP,Dr Tan Seng Giaw menjadi
marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan
manipulasi undi. Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana
Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi
mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai
seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka
merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal.
Apa yang terjadi seterusnya ? Saya akan dedahkan dalam episod yang akan datang.
untuk penulisan dalam bahasa English sila klik SINI
untuk penulisan dalam bahasa English sila klik SINI
No comments:
Post a Comment