Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 12 September 2013

PANAS:Tun M menjawab berkenaan isu "PROJEK IC"



KUALA LUMPUR: Sekiranya "Projek IC" menjadi agenda kerajaan ketika zaman pemerintahannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan timbalannya yang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan menghentikan projek berkenaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah kerana mereka mengetahui polisi kerajaan.


"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Dr Mahathir, 88, semalam berkata beliau tidak pernah mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya telah disalah guna.

“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak perlu arahan berikutan ia adalah proses biasa.

Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang.

Beliau bagaimanapun berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami-antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC