Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 25 September 2013

Apa yang @AzwanBro dah buat??? KANTOI pulak dah!!!!! @onebro4NKP @APterkini @Malayanf @silentprotecto @SaifulMalik6




UMNO, kita lihat apa pencapaian yang dilakukan oleh saudara Khairul Azwan pemuda berusia 34 tahun setakat ini. Lalu saya melakukan beberapa kaji selidik terhadap beliau.

Dalam usia yang muda beliau diberikan beberapa amanah penting di Perak, antara jawatan yang di sandangnya kini adalah Bendahari Bola Sepak Perak serta bertindak sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak malah beliau juga merupakan salah seorang CEO di dalam Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

Beliau juga seorang yang prihatin apabila menaikkan Akademi Pemuda yang terdiri daripada 15 orang pekerja sukarela yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik serta profesional muda dan para belia. Antara misi adalah bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Akademi Pemuda yang digerakkan beliau juga menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Melalui platform ini juga beliau menggerakkan beberapa kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim di sekitar negeri Perak.

Bila meneliti kerja-kerja yang dilakukan beliau, kenapa beliau tidak diberikan perhatian? Adakah kerana beliau seorang yang 'low-profile' lalu kisah serta kerja-kerja yang dilakukan beliau tidak perlu dihebohkan atau dicanang kepada para pemuda di peringkat akar umbi?

Kerana dari apa yang saya lihat, beberapa exco Pemuda sekarang ini 'berkokok' lebih tapi kerja 'zero'. Lihat sahaja bagaimana exco-exco tertentu ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari? Ada yang tidak segan silu memaparkan kain rentang mengalahkan Perdana Menteri. Dengan tujuan untuk mempopularkan diri sendiri di kalangan perwakilan. Walaupun pada hakikatnya penduduk di tempat beliau sendiri meluat dengan muka beliau.

Ada juga beberapa exco dikalangan Pemuda setiap kali PRK dan adanya Presiden Parti, maka muka dialah yang dilihat ke hulu ke hilir dengan tujuan menampakkan yang mereka kuat bekerja untuk parti. Inilah barah yang perlu dibersihkan dalam barisan Pemuda UMNO.

Untuk pemuda UMNO Malaysia, ciri-ciri yang ada pada Saudara Khairul Azwan inilah layak dijulang sebagai pemimpin, walaupun tidak selalu diberikan perhatian, tugas dan amanah tetap beliau laksanakan dengan jayanya di Perak.

Buat Khairul Azwan Harun, teruskan bekerja demi kepentingan rakyat. InsyaAllah rakyat Perak bersama anda. Walaupun saya bukan dari Perak. Hehehe. Good luck bro!

P/s: Pemimpin yang berkaliber dan prihatin tidak semestinya akan sentiasa dihadapan tonjolkn diri,tapi bagi MF biarpon dibelakang tabir,ada sesuatu pergerakan yang memberi impak dan terkesan lebih mendalam..jadi jom support khairul azwan harun..sumber

@AzwanBro
‪#‎Azwan4NKP‬
‪#‎SokongAzwanBro4NKP‬
#onebro4NKP

JOM PAKAT-PAKAT SHARE,RETWEET,LIKE,KONGSI,COPYPASTE, TANDA KITA SUPPORT BELIAU NA!!!!!


2 comments:

  1. Saya dari Perak maka saya boleh SENYUM sahaja membaca post kali ini.

    ReplyDelete
  2. Saya hanya boleh gelak hahaha...kalau tk tkde. Perak kna baham dgn sang buaya....tempoh hari...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC