Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 11 September 2013

Temubual Tun Dengan Utusan,Tun Menyatakan kecewa dengan sikap orang MELAYU


[SIKAP, KETUANAN DAN HAK MELAYU]

Bagi Dr. Mahathir, orang Melayu tidak berubah sebagaimana beliau mahu mereka berubah. Sikap orang Melayu yang suka bergantung kepada bantuan, subsidi dan hak istimewa amat mengecewakan beliau.

Dr. Mahathir menganggap hak istimewa bukan sesuatu yang mulia, tetapi sesuatu yang hina dan memalukan.


Walaupun orang Melayu hari ini mencapai beberapa kemajuan, tetapi masih jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain.

Bagi Dr. Mahathir, orang Melayu hanya mahu mencari jalan singkat dan tidak mahu bekerja keras. Mereka sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan.




Walaupun kerajaan telah memberi pelbagai bantuan kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi, tetapi orang Melayu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Umpamanya, ramai yang suka mencari jalan mudah untuk menjayakan sesuatu, walaupun jalan yang mudah itu akan membawa akibat buruk dalam jangka panjang. Tidak ada yang serius untuk berusaha. Kita dapati di kalangan penuntut Melayu, walaupun jumlahnya ramai kerana jumlah orang Melayu juga telah meningkat, tetapi keinginan untuk mengejar ilmu agak berkurangan, terutama di kalangan penuntut lelaki.

Apa akan jadi sekiranya kita cabut HAK MELAYU? Mereka akan menjerit. Mereka tidak dapat hak istimewa. Mereka anggap hak istimewa ini satu kemuliaan. Sebenarnya hak istimewa bukan sesuatu yang mulia. Kalau kita kena selalu pakai tongkat, bermakna kita daif. Antara orang yang kena pakai tongkat dengan orang berjalan tegak, yang mana kamu pandang tinggi? Orang yang pakai tongkat atau orang jalan tegak?

"Kalau nak jadi tuan, kena lengkapkan diri dengan ilmu dan kecekapan" Tun Dr Mahathir Mohamad

Temubual Tun Dengan Utusan. -- N.A sumber

P/s: benar melayu sepatutnya harus berubah,harus lebih berani dalam mengikuti perubahan dan  peredaran zaman ,ia juga seharusnya menjadikan orang melayu lebih matang dan berdaya saing,bukannya mengharap serta bergantung kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC