Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 14 September 2013

Kisah Sebuah Keluarga di KL dan Nick Vujicic(lelaki kudung kaki dan tangan)


Apabila mereka tahu saya datang ke Kuala Lumpur bagi mengadakan seminar mereka sanggup memandu selama 7 jam untuk berjumpa dengan saya.

Selepas menunggu diluar lebih dari 4 jam pada sesi seminar tersebut mereka dapat mengesan saya keluar dan menaiki van. Bukan mudah bagi mengesan dimana saya berada sebab pada ketika itu keadaan disana agak sesak dan konvoi kami punya tiga buah van yang membawa kumpulan kami dan peralatan berkaitan.

Mereka mengekori kami dengan harapan dapat bertegur apabila van kami berhenti rehat. Sampai masa kami berhenti di pam minyak mereka terus keluar daripada kereta dan datang kepada kami.

Joshua, hos yang bersama kami berkata kepada saya "Wow, kamu takkan percaya apa yang saya lihat. Ada keluarga dengan anak perempuannya yang kudung tangan dan kaki, dan mereka mahu berjumpa dengan awak".

Kami semua terus teruja dan mengenali peristiwa tersebut sememangnya sudah ditakdirkan.

Ibu anak perempuan itu menangis, wajah bapanya kelihatan puas dan gembira. Hati saya begitu tersentuh melihat mereka.

Selepas pertemuan yang ringkas itu, kami sama-sama berpelukan, dan saya telah menjemput mereka untuk datang ke tempat kami menginap agar saya dapat kenal mereka dengan lebih dekat.

Disana saya baru tahu nama timangan adik yang bertuah itu ialah Nik, ayahnya seorang doktor dan ibunya seorang jururawat. Seperti keluarga saya, mereka tidak menyangka Nik dilahirkan kudung sehinggalah dia dilahirkan.

Kami begitu asyik berbicara pada sesi pertemuan ringkas tersebut dan saya berharap kami akan dapat terus berhubung dan saya secara peribadi akan terus menyokong dan memberi semangat kepada mereka.

Pertemuan sebegini yang mengingatkan dan menyakinkan saya bahawasanya kasih sayang itu tidak mengenal sempadan.


Nukilan asal oleh Nick Vujicic (www.facebook.com/NickVujicicFans)
Terjemahan www.GuaTv.com

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC