Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 20 September 2013

ORANG MELAYU NILAINYA CUMA 50 sen - NAIB PRESIDEN DAPig Zulkifli Mohd Nor



26 tahun bukan tempoh yang singkat tau. Budak yang lahir 26 tahun dulu, sekarang sudah boleh jadi bapak yang kemudiannya boleh menghasilkan budak yang lain.

Tapi anehnya, selepas 26 tahun, bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Nor baru perasan yang nilai orang Melayu dalam DAP hanya RM 0.50 untuk mencukupkan satu juta. Maksudnya tu, takdak RM 0.50, tak cukup 1 juta dan perumpamaan ini disesuaikan dengan peranan Melayu dalam DAP – takdak Melayu, tak jadilah DAP ini parti multiracial.
Sebaliknya hanya parti cina (yang mana memang betul pun).

Jadi apa perasaannya memegang peranan sebagai kaum yang hanya bernilai RM 0.50 dalam DAP? Itu soalan pertama. Soalan kedua, apa perasaannya menjadi kaum yang hanya bernilai RM 0.50 dalam sebuah negara dimana populasi Melayu melebihi 51%?

Rasa penulis, orang India pun lebih bernilai dari orang Melayu dalam DAP, melihat kepada jumlah wakil kaum tersebut dalam CEC DAP, berbanding orang Melayu. Melayu DAP 2 kali hina kerana terpaksa bergantung kepada budak cina nama Melayu untuk menjadi wakil mereka di dalam CEC.

Dia cakap Melayu pun guna skrip, nak harap dia jadi wakil orang Melayu?

Ini belum DAP jadi kerajaan, dia dah sidelined Melayu yang menyokong parti tersebut. Kalau dah jadi kerajaan macam manalah agaknya nasib orang Melayu di negara ini?

Jadi orang Melayu memang ada sebab untuk bimbang kalau DAP menjadi sebahagian kerajaan, sebab dia akan ketepikan bangsa lain dan utamakan bangsa dia sahaja. Sebab itulah dalam PRU13 yang lepas, dimana sahaja kawasan yang majoriti pengundinya Cina, calon DAP pasti akan menang besar disitu.

Masih nak kata DAP ini parti multiracial?

Hairan nombor 2 penulis, dah tahu nilai Melayu dalam DAP besar itu saja, kenapa Zulkifli masih menaruh harapan untuk bertanding dan menang dalam pemilihan semula CEC yang akan diadakan pada 29hb nanti? Nak harap undi simpati ke? Atau Zulkifli nak memastikan dia menang dan lepas itu diam sehingga pemilihan akan datang.

Kalau kalah masa itu, keluar baliklah cerita nilai RM 0.50 ni, kalau tak, dia diam macam 26 tahun yang lepas jugaklah.

Betullah kata seorang yang penulis hormati dulu, kata dia, orang Melayu yang menyokong idealogi DAP ni bukan tak tau yang dia tu dipergunakan, tapi sebab ada masyukk, buat tak nampak sajalah

Siapa yang mempergunakan Melayu sekarang?

Sedarlah kaum ku, pada mana yang tak sedar lagi tu. Orang Melayu dalam DAP sekarang hanya boneka sahaja - kenyataan yang kita dah lama sebut, sekarang disahkan oleh Melayu dalam DAP sendiri, bukan UMNO pun.

p/s Tak siapa rasa DAP ni pelik ke? Kata multiracial, tapi diaturkan dalam pemilihan CEC supaya wakil dari semua kaum ada? Sebab itu ada tambahan 10 ahli CEC yang dilantik, tujuannya untuk mengimbangkan populasi kaum dalam parti tersebut. Kenapa boleh jadi macam itu, siapa nak jawab ni?-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC