ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER
Saturday, 21 September 2013
"MASA DEPAN UMNO "- Tun M (MESTI BACA!!!)
(ARTIKEL IN TELAH DI SIARKAN DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN SEPTEMBER 16, 2013)
1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.
2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.
3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.
4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.
5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.
6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.
7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.
8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.
9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.
10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.
11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.
12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.
13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.
14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.
SUMBER: ANALISIS POLITIK TERKINI <<--- LEPAS BACA SILA "LIKE" Page APT untuk informasi terkini isu-isu dalam dan luar negara!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARAH SATRIA
Popular Posts
-
Macam – macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang n...
-
CLICK PHOTO PETALING JAYA: Siti Aishah Abdul Wahab, warga Malaysia yang dipercayai menjadi hamba domestik di London, tidak menyesal ...
-
CLICK PHOTO Hari ini MF terjumpa satu artikel menarik berkenaan seks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja per...
-
KLIK PHOTO 1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaks...
-
CLICK PHOTO Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan p...
-
Antara Orang-Orang Yang Bertanggung Jawab Menyebar Dakyah Syiah Di Malaysia Ialah: 1. Ketua Syiah Malaysia (Mohd Kamil Zuhairi Abd Azi...
-
KUALA LUMPUR 3 Julai – Model Felicia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secar...
-
KLIK PHOTO Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelaj...
Entri Malayan Fighter
-
▼
2013
(1164)
-
▼
September
(148)
- TERKINI:POLIS PULAU PINANG TAHAN TIGA LELAKI TERMA...
- PANAS: 10 STRATEGI SYIAH MASUK PERTUBUHAN ISLAMIK ...
- DAP PENIPU: BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP!!!! -ch...
- Berikut adalah surat terbuka seorang ahli PAS kepa...
- PANAS: Serbuan keatas Markas Syiah oleh JAIS!!! TA...
- RAMAI MELAYU DAP SEMAKIN SEDAR DAN TINGGALKAN PART...
- DAP PENIPU: BERMULANYA PENIPUAN DALAM CEC KE 16-ch...
- PAANS: Remaja tawar khidmat seks RM50 – RM80 !!!!
- ANALISA : Strategi politik kaum Cina!!!!!
- panas berapi: KONSPIRASI, DISKRIMINASI DAN NASIB L...
- BANTAH Fasa pertama projek mega ‘spiritual tourism...
- Menyokong Tun Faisal Ismail Aziz Sebagai Ahli Majl...
- PANAS: (Video) Gangster Gadis FELDA Adela Tersebar!!!
- PANAS: Mereka semakin Berani!! Penguatkuasa KPDNKK...
- PELANCARAN KERETA LUTSINAR DICIPTA UNTUK ELAK KEMA...
- Ketua polis PP cabar penghantar SMS ugutan bersemu...
- Panas berapi:Lagi Pembohongan CEC DAP terbongkar!!!
- Ketua Polis P.Pinang terima ugutan dari Gangster m...
- Terkini: Al-Fatihah... Ustaz Azizan Disahkan Menin...
- CEC DAP: DAP Tak Percaya Ambiga atau pun PAS!!
- PEMILIHAN UMNO 2013 YANG SANGAT MENGEJUTKAN !! #TF4MT
- MEMALUKAN ! LIM GUAN ENG DAP TUDUH MELULU BERNIAT ...
- PANaS:PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUAS...
- Apa yang @AzwanBro dah buat??? KANTOI pulak dah!!!...
- MELALUI BLOGNYA,LIM GUAN ENG SEKALI LAGI MENGELUAR...
- (VIDEO)SUJUD SYUKUR YANG PERTAMA DI LITAR SEPANYOL!!!
- VIDEO PALING EPIC!!! DAH KENAPA AMOI NI??AGAK-AGAK...
- PANAS: VIDEO PENGAKUAN ORANG TUA DITENDANG BINI MA...
- 7 Gambar Eksklusif!!! Sekitar Ketibaan Jenazah Ang...
- Berita keajaiban yang berlaku di Penjara Mesir.. M...
- panas:Pelatih PLKN maut Dipercayai Dipukul senjata...
- PEMIMPIN DAPig BIADAP MASIH MENGANGGAP CHIN PENG S...
- tragis: KANAK-KANAK 20 BULAN TERJATUH KEDALAM TANG...
- PANAS:Gambar Terbaru suspek OPS CANTAS!!!!
- TERKINI:ANGGOTA POLIS MAUT DALAM PERGELUTAN DENGAN...
- Syria konflik: (15 gambar)Cuma berusia 10 tahun ka...
- KALAU KORANG JUMPA ORANG MACAM NI SILA TERUS LANGG...
- PANAS: Dato Harun Din menerima Ugutan dan Maki ham...
- Panas:Abu Mayat Chin Peng Akan DiSeludup Masuk Ke ...
- PANAS: AWAS!! DENGAN PENIPUAN TRANSAKSI SECARA ONL...
- Terkini, Deejay Radio Parah Ditikam Penyamun!!
- Pas sedia kerjasama dengan Umno: Abdul Hadi!!
- PANAS:ANAK CHEF WAN BERTANDING PUTERI UMNO???
- PANAS: MELONCAT TIPAH KOYAK BILA KJ JENTIK TELOR K...
- PANAS: Pengurusan Pusat kebajikan MengHAMBAKAN ANA...
- Panas:ABBY ABDABI BAKAL DILANTIK MENJADI WAKIL RAK...
- Syria Hargai Pemimpin UMNO Usaha Kembalikan Kedaul...
- 'VIKINGDOM' MENGHINA RASULULLAH SAW....???
- "MASA DEPAN UMNO "- Tun M (MESTI BACA!!!)
- Dunia semakin pelik,Kedai menjual daging manusia D...
- panas: Keputusan Kertas siasatan kes Adi Putra sia...
- Terkini : Rejim Tentera Mesir Perintahkan Syeikh A...
- Haiwan Pelik dijumpai di Sg.Siput,Perak!!
- Lelaki Mengamuk Tarik Coli Teman Wanita Hingga Nam...
- @NajibRazak Senarai 10 Top Fanpages Facebook Pro K...
- “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok sapa...
- Macam Pelik Je Tengok Muka AnuWar ni!! buat botox ...
- Kisah Penuh : Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei ...
- ORANG MELAYU NILAINYA CUMA 50 sen - NAIB PRESIDEN ...
- Video : DOKTOR kantoi mencabul Pesakit di ITALI !!
- Pemimpin Prihatin,Rakyat Bertambah sayang!! @Mukhr...
- Profesor Syiah Lakukan Hubungan Dalam Pejabat Sele...
- Pakatan Haram KANTOI Lagi Cuba Fitnah Tun Abdul Ra...
- PANAS: Ahli DAP dari Johor akan bongkarkan penipua...
- KOMUNIS PENGKHIANAT,PENJENAYAH WAJIB DITOLAK-Tan S...
- PANAS: VIDEO terbaru GENGSTER BERGADUH di IPOH!!!...
- video kemalangan NGERI,Jangan Tengok Kalau Tak Mam...
- TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which...
- Demostrasi Yang Berjaya Membuat McD dan KFC Tutup ...
- MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa Kena Hala...
- Masih ramai yang tak tahu Hari Malaysia tu Apa Kan...
- "MALAYAN EMERGENCY" (vidoe) ketika zaman darurat!!...
- Orang Cina Semakin Pencilkan Dong Zhong
- Allahyarham Chin Peng ?? Masih Ada Yang DUNGU !!
- konsep tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangka...
- Gambar suasana Darurat suatu ketika dahulu..
- KEJAM :Pembunuhan 11 jemaah ketika Solat Isyak KE...
- Tidak Ada Sebab Mayat Chin Peng Harus Di Bawa Pula...
- Lanjutan Kes Seorang Anggota Polis Menembak Isteri...
- Ngeri:Perkembangan Kes anggota polis menembak mati...
- 7 Sarang Maksiat Paling Popular D Dunia !!!!!
- [Seram] Kisah Disebalik Pembersihan di Kawasan 'Ay...
- Ketua Dewan Ulama PAS Sudah Beri Lampu Hijau,PAS P...
- Anak yatim jadi hamba seks selepas diselamatkan ke...
- TAHNIAH HARIMAU MUDA MENJUARAI PESTA BOLA MERDEKA ...
- PANAS: Siapakah Artis Yang Dibelasah 7 Lelaki!!!
- PANAS: Anggota Polis tembak Isteri dan Bapa Mertua...
- Lambang salib dikesan dalam buku belajar jawi kana...
- PANAS: Gambar -Gambar Lana Nordin yang HOTsss!!!
- 'Letak senjata atau kami gempur' - Kerajaan Filipi...
- Khas Buat Semua Bumiputera!!!! Tahniah @NajibRazak...
- Yuktes serah bukti penipuan 40k Bangla!!! (video) ...
- LGE Kena Ugut Bunuh!! TAPI MASIH PERLUKAN POLIS??D...
- Kisah Sebuah Keluarga di KL dan Nick Vujicic(lelak...
- PANAS:Ahli perniagaan Jerman, pekerja besi buruk k...
- PANAS: MUKHRIZ MEMPERTAHANKAN TANDA PUTERA!!!
- PANAS:MAMAT ini MEMPERTAHANKAN SYIAH SECARA TERANG...
- Tolak nilai sonsang Penjenayah Tetap Penjenayah!!!!
- PANAS: GENG CINA PENANG SERANG LGE("tokong")!!!
- Benarkah Bagan Serai Merupakan Pusat Syiah Terbesa...
-
▼
September
(148)
No comments:
Post a Comment