Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 13 September 2013

Benarkah Bagan Serai Merupakan Pusat Syiah Terbesar Di Malaysia??



Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, YB Dato’ Hamidah Osman mendedahkan penyebaran fahaman syiah di negara ini termasuk di Perak semakin menular dan membimbangkan kerana fahaman itu boleh memecah-belahkan perpaduan dikalangan umat Islam sekiranya tidak dibendung segera.Sambil melahirkan kebimbangannya, Hamidah menggesa pihak berkenaan termasuk Majlis Agama Islam Perak bertindak tegas memantau kegiatan penyebaran fahaman itu dinegeri ini sebelum terlambat.

``Ini satu perkara yang amat membimbangkan kerana ia menjadi satu ancaman kepada umat Islam dan kita tidak mahu fahaman-fahaman seperti ini memecah-belahkan perpaduan umat Islam.``Elemen-elemen yang menyemai bibit-bibit perpecahan dikalangan umat Islam sudahpun dilakukan seperti isu kalimah Allah dan kita harapkan isu penyebaran fahaman syiah dapat dicegah sebelum terlambat,’’ katanya kepada media di Program Bersarapan Pagi bersama penduduk di Warung Che Azmi Taman Sri Sayang Pengkalan Barat.Menurut Hamidah, penyebaran fahaman syiah yang semakin menular di Perak itu telah dimaklumkan kepadanya oleh seorang pegawai Majlis Agama Islam Perak semasa beliau menghadiri Majlis Ceramah Maulidur Rasul Rasul anjuran Jawatankuasa Masjid Kampung Sri Rahmat malam tadi.Menurut beliau, pegawai terbabit

memaklumkan kepadanya bahawa tahap penyebaran fahaman syiah di kalangan rakyat Malaysia sudah menular malah Perak dikenalpasti sebagai salah satu tempat yang menjadi pusat gerakan mereka.Terdahulu dalam ucapannya di program sarapan pagi itu, Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat meminta penduduk Taman Sri Sayang supaya tidak mudah termakan segala bentuk tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap pucuk kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pucuk pimpinan kerajaan BN kini sibuk bekerja keras membela nasib masa depan dan kesejahteraan rakyat sedangkan pembangkang hanya gemar melemparkan fitnah dan pembohongan kepada rakyat agar membenci kerajaan.

Info laporan selanjutnya DISINI

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC