Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 2 September 2013

Terkini: Bekas Tentera mati DITEMBAK GENG KONGSI GELAP!!


Ipoh: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Laskar Udara Kanan mati dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya ditembusi tiga das tembakan dipercayai angkara anggota kongsi gelap di Taman Rishah, di sini, awal pagi semalam.



Dalam kejadian jam 7.15 pagi semalam, S Jambu Keshan, 39, mati akibat ditembak oleh dua suspek lelaki tidak dikenali kira-kira 30 meter dari hadapan kedai makan milik bapanya.

Difahamkan, suspek melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mangsa yang sedang leka mengeluarkan barangan daripada kereta Perodua Kancil miliknya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditembak dua suspek yang secara tiba-tiba muncul dari belakang mangsa dengan menaiki kereta model Toyota Vios berwarna perak.

ANGGOTA polis forensik memeriksa tempat kejadian bekas anggota TUDM maut ditembak.

Menurutnya, seorang daripada suspek kemudian turun daripada kenderaan dinaiki dengan memakai topi keledar dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa sebelum bergegas melarikan diri.

-Mymetro-

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC