Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 2 September 2013

FILEM PALING HANGAT DAN MENDAPAT SAMBUTAN ABAD INI!!! MESTI BACA!! MESTI TONTON!!!




Di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.

Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.

Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.

" Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam.

"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya. -sumber

Disini MF selitkan kupasan berkenaan filem serta persoalan berkenaan "TANDA PUTERA" yang dilarang LGE ditayangkan di Pulau Pinang oleh BlOG MIM :

1. MiM dan rakan-rakan telah menonton filem Tanda Putera di Mega Cineplex Megamall, Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. Sambutannya sangat menggalakkan.

2. Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng DAP dilihat tidak berpendirian dan ibarat lalang kerana 'arahan' melarang pengusaha pawagam untuk menayangkan filem Tanda Putera menjadi 'nasihat' pula.

3. Pelbagai pihak telah membidas fikiran sempit itu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Ahmad Shabery Cheek. Beliau telah meminta FINAS mempastikan pawagam meneruskan tayangan Tanda Putera di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu). Baca Sini

5. Dalam tempoh yang sama, damage has been done dan filem tersebut terus diburuk-burukkan dan parti DAP serta portal pro-pembangkang mungkin telah berjaya menimbulkan persepsi negatif dan bukan-bukan tentang jalan cerita filem tersebut.

6. Tetapi MiM yakin kita akan menganggap segala persepsi negatif itu hanya mainan dan propaganda kotor DAP jika kita sendiri menonton keseluruhan filem Tanda Putera.

7. Lim Guan Eng DAP sendiri belum lagi menonton keseluruhan filem itu tetapi komen beliau seolah-olah beliau sudah menonton berulang kali filem tersebut! teruskan membaca DISINI




p/s: Sebagai rakyat MALAYSIA filem ini adalah sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah bagaimana dua orang TOKOH orang melayu yang memartabatkan bangsa,agama,serta tanah melayu kita. MF harap kita dapat memberi sokongan dan mengambil ikhtibar dari cerita ini, pergi lah menonton,dan rasailah bertapa peritnya nenek moyang kita dahulu untuk mempertahankan negara kita yang berdaulat ini..saranan MF HIDUP MELAYU!!!!

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC