Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 31 August 2013

DIALOG : Kita Dah Cadang Dulu Tapi Anwar Tak Nak @KhairyKJ

Khairy (tiga dari kiri) selepas mengadakan sidang media di PWTC, hari ini.
Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang adalah perkara awal yang pernah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pada ketika itu Datuk Seri Najib menyeru untuk bekerjasama dalam membentuk perpaduan antara kerajaan dan pembangkang, namun ia tidak dilayan.
Sebaliknya, pembangkang bertindak melakukan demonstrasi dan menghasut rakyat dengan pelbagai dakwaan penyelewengan dalam PRU serta membuat petisyen pilihan raya di seluruh negara.
“Sebaliknya apa yang kita lihat berlaku dalam pilihan raya adalah siri demonstrasi dibuat oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya hingga ia dibawa ke Mahkamah.
“Saya melihat setelah petisyen yang difailkan tidak menyebelahi pembangkang, barulah Anwar Ibrahim nak cadangkan dialog dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Merdeka Raya’ tiga sayap parti UMNO hari ini.
Tambahnya, pembangkang harus lebih berfikiran terbuka dan memandang ke hadapan demi mendahului kepentingan rakyat serta mengatasi kepentingan peribadi.
“Dari awal lagi Perdana Menteri minta kita bersatu bukan sebagai parti politik atau pembangkang dan kerajaan tetapi kita lupakan apa yang berlaku dalam pilihan raya dan terus pandang ke hadapan,” katanya.
Terdahulu, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang mencadangkan untuk mengadakan dialog antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang erlu ditangani.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan perutusan Hari kemerdekaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.
Namun menurut Anwar, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan oleh Datuk Seri Najib sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC