Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 20 August 2013

Perbezaan VIOS dan Proton Suprima,Berbaloikah Membeli Proton Suprima???



Proton Suprima S yang dilancarkan Sabtu lalu ternyata menjadi perbualan hangat banyak pihak. Ada yang memuji, ada yang mengkritik, ada yang membuat perbandingan dengan model lain dan pelbagai lagi reaksi diterima. Persoalannya, berbaloikah sekiranya anda membeli Proton Suprima S?
Model terbaru Proton ini termasuk di dalam segmen C. Di dalam ruangan komen artikel sebelum ini, ramai yang membuat perbandingan dengan Toyota Vios 2013 serba baharu yang merupakan kereta segmen B. Walaupun berbeza segmen, tidak salah rasanya membuat perbandingan antara dua kereta ini kerana harganya yang berada di dalam lingkungan serupa. Mari kita bandingkan.


1. HARGA

Suprima S:-
Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Toyota Vios 2013:-
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
Toyota Vios 1.5 J (Automatik) – RM77,300
Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200

Kesimpulan - Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.



2. REKAAN LUARAN


Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S. Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.

Toyota Vios 2013 - masih mengekalkan rekaan “dugong”, itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.

Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.



3. REKAAN DALAMAN





Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.

Toyota Vios 2013 - lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Turut ditawarkan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Bluetooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.

Kesimpulan - daripada segi susun atur, ia dimenangi oleh Vios. Namun daripada segi nilai untuk wang, Suprima S memenanginya. Tiada bayaran tambahan atau caj dikenakan untuk mendapatkan rekaan dalam premium Suprima S jika dibandingkan dengan Vios.


4. KESELAMATAN

Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Toyota Vios 2013 - dua beg udara, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS) dengan EBS.

Kesimpulan - dimenangi sepenuhnya oleh Suprima S yang mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.

5. ENJIN


Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Toyota Vios 2013 - njin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Kesimpulan - kekecewaan pada Vios 2013 kerana tidak menggunakan enjin baru sebaliknya hanya guna semula enjin yang digunapakai di dalam model Vios sebelum ini. Kategori ini dimenangi oleh Suprima S.

6. PEMANDUAN

Suprima S - pihak promosi menyatakan pengalaman pemanduan adalah sama dengan memandu kereta Volkswagen. Namun kami masih di dalam proses untuk memandunya sendiri. Nantikan ulasan daripada kami.

Toyota Vios 2013 – umum mengetahui bahawa pemanduan kereta Toyota tidak pernah mengecewakan. Namun sehingga kami dapat memandu ujinya sendiri, tiada ulasan dapat diberikan.

Kesimpulan - tunggu ulasan pandu uji daripada kami.

7. NILAI JUAL BALIK


Suprima S - nilai jual balik model Proton tidaklah sehebat kereta-kereta syarikat Jepun. Namun ia masih mengatasi model syarikat Korea. Boleh dikatakan nilai jual balik Suprima S akan berada di tengah-tengah. Namun ia turut sama bergantung kepada jualan semasa dan permintaan ketika itu.

Toyota Vios 2013 - pastinya nilai jual balik Vios 2013 akan lebih tinggi daripada Suprima S. Entah mengapa rakyat Malaysia begitu sinonim dan gembira untuk membeli kereta Toyota walaupun spesifikasi yang diberikan agak tidak memuaskan hati. Mungkin kerana pengalaman pemanduan dan sejarahnya tersendiri.

Kesimpulan - Toyota Vios 2013 memenangi kategori ini.

8. KESELURUHAN


Jika ditanya pada kami, antara Toyota Vios 2013 dan Suprima S, memang agak sukar untuk membuat pilihan. Kemungkinan besar kami akan memilih Suprima S kerana tawaran jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer. Kami tidak pasti dengan tawaran yang bakal datang dengan Vios 2013, namun kami yakin ia tidak mampu menandingi tawaran Proton. Apa kata anda?

sumber

3 comments:

  1. Saya pilih Suprima S krn tawaran keselamatan yang tertinggi dan enjin yg cukup berkuasa, body re-enforce metal kukuh, eksesori elektronik yg canggih. Toyota Dugong masih menawarkan kereta berteknologi rendah wpun harga mahal, seolah2 memperlekehkan kan rakyat Malaysia.. kasihan kita dibodohkan oleh Toyota dgn spesifikasi ketinggalan zaman. Hanya kosmetik dan brand name menutup semua ini..

    ReplyDelete
  2. aku dah tobat nasuha dah dengan proton,harapkan canggih tapi kualiti haprak memang tak berbaloilah,nilai jual balik yang jatuh merudum serta service centre yang macam sampah Aku cakap sory proton kami rakyat malaysia tak tertipu lagi dengan kualiti sampah mu.

    ReplyDelete
  3. saya adalah antara yg dlm dilema utk memilih antara kedua2nya...sudah memandu uji kedua2nya. Kesimpulannya, refinement dan suspensi mmg suprima lebih baik...sbb dpt lotus assist...namun sama lbih kurang dgn model gen2, pemanduan sporty ala go cart cuma stereng let dwn sbb cant feel a thing...mybe sbb suspensi utk menyerap hentakan setting lbih lembut sbb jlnraya Malaysia agak byk bonggol n berlubang...so ada baik n kurangnya....

    dari segi kualiti dalaman, yup mmg betul suprima agak nampak murah...dlm hal ini kita perlu adil, toyota jual 1 dunia, sdgkan marketing proton agak trhad, tanpa duti eksais yg agak tggi bg kereta luar sudah tntu toyota try their best utk buat yg terbaik memandangkan harga yg agak premium...so jika tanpa duti tersebut, proton kena kerja keras utk baiki refinement dashboard...jgn harapkan accecories spt lcd 7 inci sbb hampir smua kereta di dunia mmg guna lcd skg, trend skg termasuk lampu drl lcd di hadapan...

    engin walaupun engin suprima lebih berkuasa, turbo...namun msg2 masih ragu dgn kemampuan dlm jangka masa pjg, maklumla dgn harga hampir 80 k, interest lbih drp 2.5% maka loan biasanya selama 7 atau 9 thn...lama tuuuu....manakala w.pun engin toyota dah seasoned org kata, sejak 2003 rasanya tp kemampuan n efisiyen dah terbukti...toyota lbih jimat minyak, 17.3 liter sekilometer, suprima 13.9 liter sekilometer...n rata2 belum tahu berapa kos jika engin turbo suprima jika rosak...ini smua perlu diambil kira....

    dari segi exterior bntuk vios sgt jauh meninggalkan suprima s...sepatutnya terus terang sebut, apabila dah terang2 jualan suprima s sgt mengecewakan pihak proton managemnt wajar beri harga diskaun ataupun R3 bodykit sbg token utk mengimbangi jualan vios..tu pendapat sy laaa...sbb harga 79 k agak mahal, sebulan perlu bayar hampir rm 1030 dlm masa 7 thn...di luar negara, di australia suprima di jual dgn harga 77 k....(1 aus dollar=2.99 rm)...

    so kesimpulan, selain drp goodies yg byk dlm suprima s, vios masih dpt keprcayaan di hujungnya...proton perlu baiki reka bentuk interior n exterior utk menandingi reliability bkn setakat vios ttp juga Kia cerato 1.6 n hyundai elantra 1.6...proton heading the right way but d sake of worth for money, I have to pick Vios for long term...bkn xpatriotik sbb pernah pakai wira aeroback ( n it sucks big time sbb rosak sana n sini) so sorry proton, have to let u dwn this time

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC