Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 20 August 2013

(video) ULAMAK Menempelak pendakyah yang menyeru jihad atas fatwa² yang palsu,Di tuju KHAS KEPADA PUAK KAHAK HIJAU!!!!??


‪#‎yakjujmakjuj‬ - SHEIKH WASEEM YOUSEF menempelak golongan pendakyah fikrah takfiri penyebar fitan yang menyeru jihad atas fatwa² yang palsu lagi bathil. [ Khutbah Juma'ah (14 Jun 2013-Dubai ]

Akhirnya dibangkitkan jua akan ALLAH SWT, para 'ulama dari bumi Arab sendiri yang berani dan lantang bersuara menyerang para ulama jahat dan pengikut-pengikut mereka yang telah jauh sesat dan menyimpang dari seruan ALLAH SWT dan RasuluLlah SAW yang sebenarnya. Sekeras-keras kamu menghalalkan pertumpahan darah di kalangan Muslimin, sekeras itulah kamu akan akhirnya diperangi oleh mereka penegak kebenaran. Maka sedarlah sebelum kamu dibangkitkan dengan seluruh dunia Islam dan Al Quran menjadi hujjah yang paling keras di Yaumul Masyar keatas ketelanjuran kamu.



Sebelum meneruskan bacaan TONTON video ini..contoh yang dikatakan ulamak JAHAT!!!



Jangan kamu mempermain-mainkan muruah dan martabat agama. Semakin hari kamu semakin sombong dan takabbur, sehingga mereka² yang jahil dan bodoh begitu ramai menjadi pendokong kesesatan dan fitnah kamu yang nyata. Berwaspadalah agar kamu tidak dibangunkan di Hari yang tiada kesesalan bagimu sebagai golongan Khawarij yang terkeluar dari syiar Islam. Khusus kepada "pejuang-pejuang" Islamis dan ulama-ulama Fitnah, walau di mana sekali kamu berada dan di atas gelaran nama apa sekalipun, melaungkan peperangan & pembunuhan melata atas sokongan dan percaturan agentur-agentur Zionis, NATO pelopor bangsa Yakjuj Makjuj bagi pihak Dajjal dan Iblis LaknatuLlah. Walau kamu digelar Jahbat al Nusra, Al Qaeda, Free Syrian Army, Taliban, Haqqani, Tahriki Taliban. Hizbut Tahir, Abu Sayyaf, ETIM dan pelbagai lagi denominasi yang bersekongkol dengan kuasa-kuasa imperialis. Ketahuilah;

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُۥ مِنْهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Ma'idah:51)

وَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَهَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ أَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَٰلُهُمْ فَأَصْبَحُوا۟ خَٰسِرِينَ
Dan orang-orang yang beriman akan berkata, "Inikah orang yang bersumpah secara sungguh-sungguh dengan (nama) Allah, bahwa mereka benar-benar beserta kamu?" Segala amal mereka menjadi sia-sia, sehingga mereka menjadi orang yang rugi.(Al Ma'idah:53)


MEMBEZAKAN ANTARA 'ULAMA DENGAN PENDAKWA DIRI ULAMA 


(MUST WATCH!!)



Oleh Sheikh 'Ali Jumu'ah: Perbezaan antara 'Ulama yang benar dengan pendakwa diri 'ulama (kelompok fikrah Khawarij takfiri Najd/Salafi/Wahhabi). Mereka ini menyeru manusia dengan paksa supaya mengikut pendapat mereka seolah-olah wahyu telah turun kepada mereka. Maka inilah sifat takabbur mereka dalam keadaan tidak sedar.

Sehingga menghukumkan dengan kafir, bida'ah, serta fasiq terhadap manusia yang tidak menyertai mereka tanpa mereka sedar atau berhati-hati.' Dan inilah menjadikan kita menentangi mereka yang mutasyaddid dan melampau pada pendapat agama. Sebagaimana mereka ini telah disifatkan oleh Nabi SAW dengan gelarannya KHAWARIJ.

Dan sabda Nabi SAW: "Khawarij itu anjing neraka."

Kerana mereka telah menyempitkan pandangan agama yang luas dan mereka mengubah agama ALLAH. Kerana mereka mencemarkan gambaran Islam di hadapan manusia dengan menggunakan perjuangan atas nama Islam. Dan sabda Nabi SAW lagi, "Maka bahagialah orang yang membunuh mereka itu dan bahagia jugalah orang yang dibunuh oleh mereka itu. Barangsiapa yang membunuh mereka itu, lebih utama di sisi ALLAH dari mereka.."

Sedangkan mereka juga "menunjukkan" gambaran Islam! Betapa sesatnya kalian yang RasuluLlah SAW sendiri gelarkan sebagai "anjing neraka."


No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC