Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 19 August 2013

Kerana TAKSUB kepada Ajaran Sesat , Isteri Baru 3 Bulan Dikahwini Lari meningalkan Suami! subhanallah!!

SEORANG bekas pengikut al-Arqam atau Global Ikhwan, Muhammed Fidauddin Mohd Zaki, 22, merayu agar isterinya yang menjarakkan diri sedangkan mereka baru tiga bulan berkahwin agar segera pulang ke pangkuannya.
Fidauddin yang ditemui di sidang media khas anjuran Srikandi Malaysia bagi mendedahkan cubaan menghidupkan ajaran al-Arqam oleh Hatijah Am atau Ummu Jah semalam, antara lelaki yang menjadi mangsa undang-undang Ummu Jah yang menghendaki isteri berpisah dengan suami yang tidak lagi menyertai perjuangan mereka.

Menurut Fidauddin, perkahwinannya dengan isteri berlangsung di Mesir dan diatur oleh jemaah. Namun setelah menyedari terdapat banyak perkara yang terpesong di sisi Islam, dia mengajak isterinya agar sama-sama insaf namun tidak dipersetujui si isteri.

Isterinya bertindak meninggalkan kediaman keluarga Fidauddin di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas mereka pulang ke Malaysia baru-baru ini dengan alasan, mahu bertemu ibu di Kuala Lumpur. Sejak itu, Fidauddin tidak lagi mampu menjejaki di mana lokasi sebenar isterinya berada.

“Saya masih sayangkan dia dan menaruh harapan agar dia kembali taat sebagai isteri,” ujar Fidauddin. – REM RAMZI

4 comments:

  1. Saya sempat membaca buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam sebelum Pertubuhan Arqam diharamkan lagi, dan didapati unsur unsur syirik di dalam sebhgn ungkapan ungkapan bacaannya. Sejak itu saya tidak lagi berimamkan imam yg saya ketahui pengikut Arqam.
    Secara peribadi saya berkeyakinan pengamal Aurad Muhammadiyah berkenaan telah melakukan perbuatan syirik, dan tidak seyugia seorg yg telah bertaubat menikahi atau beristerikan seorg musyrik.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC