Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 14 August 2013

perkara yang kita perlu tahu mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).wajib baca!!!


Ada banyak lagi perkara yang kita perlu tahu mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

1. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin pembangkang pernah ditahan ISA, malah pemimpin-pemimpin dari parti kerajaan memerintah juga pernah ditahan. Pada tahun 1987, Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Mohamed Fahmi Ibrahim dan Ahli Parlimen Pasir Mas (UMNO), Dato Ibrahim Ali telah ditahan dalam Ops Lalang. Pada tahun 1998, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut ditahan ISA.
2. Bukan sahaja ahli-ahli politik pernah ditahan ISA, malah penjenayah-penjenayah dan individu-individu yang mengancam keselamatan negara juga ditahan. Antara yang ditahan adalah suspek-suspek pengganas Jemaah Islamiyah termasuk Mas Selamat yang merupakan Ketua Militan Jemaah Islamiah Singapura. Turut ditahan warga Filipina yang merupakan anggota-anggota Daulah Islamiyah yang berpangkalan di Sabah. Anggota-anggoa Gerakan Militan Selatan Thailand dan ejen-ejen perisik asing juga pernah ditahan di bawah ISA.

3. Bagi penjenayah-penjenayah yang terlibat dengan jenayah bunuh, rogol dan sebagainya, mereka ditahan di bawah peruntukan undang-undang lain seperti Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual 2003.

4. Individu-individu yang terlibat dengan pemalsuan dokumen pengenalan dan pemalsuan wang syiling RM1 juga pernah ditahan di bawah ISA. Adakah mereka ini merupakan pejuang keadilan?

5. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 90 peratus daripada kes jenayah berat, terancang dan berkumpulan dilakukan oleh bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO). Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang enam bulan pertama tahun ini. EO adalah salah satu akta yang turut ditentang oleh pembangkang selain ISA.

6. Juga di bawah ISA, polis berhak untuk menahan mereka yang memiliki senjata api, ini boleh dilihat pada draf mengenai ISA atau dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikeluarkan oleh kementerian tertentu pada Bab III, bermula pada mukasurat 60 di mana jelas menyatakan antara kesalahan yang boleh ditahan di bawah ISA ialah seperti berikut.

(1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah, dan beban
membuktinya adalah pada orang itu, di dalam mana-mana kawasan keselamatan membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya—

(a) apa-apa senjata api tanpa kebenaran yang sah baginya;
atau

(b) apa-apa amunisi atau bahan letupan tanpa kebenaran yang
sah baginya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati.

Bahkan akta ISA dengan jelas menampilkan kepada kita pelbagai cara dan kuasa yang boleh digunakan oleh pihak POLIS mengenai kes-kes senjata api ini.

Kredit: Haikal Shafie
SUMBER-->>Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC