Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 18 August 2013

KES DERA ANAK, SUAMI ISTERI DITAHAN DIREMAN !!!




Ipoh - Polis mereman suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di Menglembu, di sini, Khamis lalu, sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.
Perintah reman selama tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Ipoh, jam 10.25 pagi semalam.

Suspek lelaki berusia 39 tahun tiba di mahkamah jam 10.25 pagi, manakala suspek wanita berusia 30 tahun tiba setengah jam kemudian. Kedua-dua suspek berada di dalam mahkamah lebih setengah jam dan keluar bersama dengan menaiki kenderaan polis sebelum meninggalkan bangunan itu, jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh doktor yang merawat mangsa.

"Dia memberitahu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, disyaki kesan penderaan. "Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan dan menahan ibu bapa kanak-kanak itu di rumahnya di Taman Wang, Menglembu di sini, jam 1.30 petang kelmarin," katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC