Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 15 August 2013

PANAS: Isteri,Suami DAYUS dipukul dalam lif tampil buat pengakuan(video)


Dua hari lepas kecoh mengenai video cctv seorang lelaki membelasah seorang perempuan yang dipercayai isterinya dalam lif dihadapan anak-anak.

Disebabkan tersebarnya video tersebut, masing-masing tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa lelaki itu bertindak sedemikian.

Dibawah ini merupakan video pengakuan dari wanita yang menjadi mangsa belasahan suaminya didalam lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.




Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang. 

Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin.

Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.sumber

1 comment:

  1. Polis mesti ambil tindakan. Perangai jantan pengecut ini memalukan lelaki Muslim Melayu! Islam tidak benarkan ini semua!

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC