Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 3 September 2013

PANAS: Isteri Bekas Pemimpin Arqam, Ummu Jah Akui Amalkan Ajaran Sesat



RAWANG - “Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.

“Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.

Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.

Ummu Jah berkata, tindakan tersebut juga sama seperti memperkecilkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab memantau pergerakan GISB yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat, Aurad Muhammadiah.

Menurutnya, beliau berharap isu ajaran sesat diselesaikan segera tanpa mengaitkan dengan GISB.

“Kita mahu memperbetulkan akidah dahulu dan kemudian memfokuskan kepada perniagaan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan orang awam.

“Isu ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama menunjukkan ia diambil serius oleh pihak berwajib,” katanya.

Katanya, melalui perbincangan bersama Jais sebelum ini tidak wujud isu pengharaman GISB sebaliknya pertemuan hanya bersifat perbincangan isu akidah.

“GISB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kita akan membuat pembentangan aset akaun. Sekiranya ia jelas maka tidak akan wujud pembatalan pendaftaran.

“Perbincangan adalah ke arah membantu mengadakan program atau memberikan penjelasan supaya ahli-ahli GISB patuhi fatwa," katanya.

Katanya, masyarakat perlu memberi peluang kepada ahli GISB yang dianggar seramai 4,000 orang untuk memahami fatwa dan kembali ke pangkal jalan.

Mengulas berkenaan dakwaan bekas ahli GISB apabila anak dan isterinya dikuarantin serta disembunyikan, UmmuJah berkata, beliau dalam proses memfailkan kes itu ke mahkamah.

“Semua syarikat mempunyai polisi, dan dakwaan menyembunyikan itu tidak benar sebaliknya ia bersifat melindungi ahli selain mendisiplinkan mereka,” katanya.- SINAR HARIAN

2 comments:

  1. Moga tidak bertaqiyah, for their own good. Sedih melihat yg zahirnya tekun beragama tp tersalah haluannya.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC