Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 1 September 2013

Lebih 200,000 Hadir Sambutan Kemerdekaan Ke-56!!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!!



KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan kemerdekaan negara untuk kali ke-56 bertemakan "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" disambut dengan meriah apabila dianggarkan lebih daripada 200,000 orang menghadiri sambutan tersebut di Dataran Merdeka hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sambutan pada kali ini jelas menunjukkan semangat rakyat Malaysia cinta terhadap negara.




"Ia juga membawa pengertian besar kepada kemerdekaan yang menuntut rakyat mempertahankan nilai kemerdekaan itu dengan jiwa raga dan nyawa mereka.

"Kalaulah kita dapat meneruskan semangat kemerdekaan ini dapat kita dapat panjangkan, kalaulah semangat ini kita warisi oleh generasi muda hari ini, maka kemerdekaan yang kita perjuangkan itu akan membawa negara kita ke puncak kejayaan sebagai sebuah negara berjaya yang maju," katanya kepada para peserta sejurus selepas tamat perarakan dan perbarisan di Dataran Merdeka, di sini.

Hadir sama mengiringi beliau ketika menyampaikan ucaptama termasuklah, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56.

Tambah Najib, beliau turut melahirkan rasa terima kasih dan syabas kepada pelbagai jawatankuasa sambutan kemerdekaan kermerdekaan ke-56, anggota pasukan keselamatan, agensi kerajaan dan swasta serta para pelajar yang mengambil bahagian pada sambutan kemerdekaan kali ini.

"Saya berasa seolah-olah bulu roma saya meremang, melihat betapa besarnya semangat patriotik yang dapat kita lihat pada hari ini.

"Kita lahir di bumi Malaysia, kita membesar di bumi Malaysia, kita mencari rezeki di bumi ini dan insya-Allah akan disemadikan di bumi Malaysia ini," katanya.



Sambutan kemerdekaan kali ini menyaksikan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berangkat tiba jam 8 pagi dengan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Acara perbarisan dan perarakan tahun ini berbeza dengan sebelum ini apabila acara pada tahun ini dikaitkan dengan tema sambutan yang memberi penghormatan kepada parajurit yang terkorban semasa menentang penceroboh di Lahad Datu, Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara.

Persembahan tahun ini melibatkan empat segmen iaitu Malaysia Tanah Airku, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku berdaulat: Tanah Tumpah Darahku yang disertai 15,280 peserta daripada 56 kontinjen.

Empat segmen berkenaan melibatkan persembahan daripada 23 kontinjen kawad, 16 kumpulan pancaragam, aset daripada badan keselamatan, lima persembahan padang termasuk Skuad Istiadat Berkuda dan dua persembahan udara melibatkan pesawat pejuang Sukhoi 30MKM, MIG 29 dan FA 18/D Hornet.SUMBER

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC