Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 1 September 2013

OPS CANTAS: POLIS TAHAN 311 INDIVIDU!!!



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 311 daripada 7,719 individu yang diperiksa dalam Op Cantas Khas di seluruh negara semalam dan hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam operasi selama 12 jam bermula pukul 6 petang semalam, polis turut merampas enam buah kenderaan curi iaitu empat buah kereta dan dua buah motosikal.
"Selain itu, polis turut merampas beberapa jenis senjata yang ditemukan bersama suspek.

"Antaranya adalah selaras senapang angin buatan sendiri dan 25 jenis senjata berjadual seperti pedang, pisau dan parang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu di Kuala Terengganu, polis menahan 89 individu termasuk 10 wanita di dua pusat hiburan di bandar raya ini dalam Ops Cantas Khas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 60-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi memeriksa rekod serta ujian saringan air kencing.

"Kita akan memeriksa kesemua rekod dan identiti mereka sama ada terlibat dengan jenayah atau memang orang yang dikehendaki polis," katanya kepada pemberita di sini selepas operasi dua jam itu berakhir pukul 3 pagi.

Jamshah berkata walaupun Terengganu bebas daripada gejala kongsi gelap polis akan terus melakukan pemeriksaan terutamanya di premis hiburan bagi membanteras kegiatan itu.

"Walaupun kita dapati tiada kongsi gelap di sini, kita tetap lakukan pemeriksaan kerana tidak mustahil kumpulan dari negeri lain datang ke sini untuk bersembunyi mengelak daripada diberkas," katanya-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC