Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 21 December 2013

Guru Kafa Akan Dinaikkan Taraf Sebagai GURU TETAP-Mukriz Mahathir




Cadangan atau menaikkan taraf guru kafa adalah satu tindakan yang amat baik bagi MF,ini kerana pelajaran agama islam adalah satu pelajaran utama dan wajib bagi setiap umat islam,dengan pengikhtirafan yang sedekimian MF merasakan mutu pembelajaran tersebut akan lebih baik dan lebih berkualiti.


Apa yang cuba MF sampaikan bukan berkaitan dengan "Benefit" yang diterima jika taraf guru kafa dinaikkan taraf,soalnya adalah dari segi kelengkapan dan juga bahan yang digunakan,sebagai contoh misalnya guru kafa sebagai guru tetap membolehkan meraka mendapat lebih imbuhan,mungkin dengan imbuhan sedikit lebih,dari situ guru kafa boleh mendapatkan bahan pembelajaran yang lebih tersusun untuk memudahkan proses pembelajaran kepada murid-murid dengan sistematik dan kemas.

Selain soal mutu pembelajaran,kos sara hidup bagi seorang guru KAFA meningkat dan dapat mengurangkan beban bagi menampung perbelajaan harian.

Jadi cadangan guru kafa sebagai guru tetap adalah satu tindakan yang amat bijak, usaha untuk pengikhtirafan tersebut harus diteruskan.Ini kerana Selain pembangunan fizikal tetapi pembangunan kerohanian juga mesti diberi keutamaan sebagai penghargaan kepada guru-guru KAFA,dalam mendidik murid-murid menjadi insan cemerlang dari segi teknologi dan juga islamik.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC