Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 26 December 2013

ISU KALIMAH ALLAH: (NGO) Cina Muslim Minta Gugurkan Rayuan Gereja Roman Katolik!!!



KUALA LUMPUR 25 Dis - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cina Muslim meminta pihak Mahkamah Persekutuan menggugurkan rayuan yang dibuat oleh Gereja Roman Katolik berhubung penggunaan kalimah Allah.

Dalam permohonan afidavit NGO yang turut melibatkan enam Majlis Agama Islam Negeri di Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor itu menjelaskan, rayuan yang dikemukakan pihak gereja berkenaan gagal memenuhi syarat mahkamah tinggi dalam memberi kebenaran mendengar rayuan tersebut.


"Mahkamah Persekutuan patut mengambil kira keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan kerana telah melakukan mendapat pernyataan fakta bahawa Kementerian Dalam Negeri sejak 1986 hingga 2009 secara konsisten memberitahu ketua Uskup Roman Katolik bahawa penggunaan 'Allah' bagi ganti nama 'Tuhan' di mingguan Katolik 'The Herald' akan mengakibatkan “rasa tidak senang hati” di kalangan orang Islam Malaysia.

"Ini kemudiannya akan mempengaruhi keselamatan negara. Ia akan membuang masa mahkamah jika memberi kebenaran untuk mendengar rayuan.

"Lebih-lebih lagi, pemohon (ketua Uskup Roman Katolij) gagal membuktikan penggunaan nama 'Allah' dalam Bahasa Malaysia oleh komuniti Kristian di sini sejak turun-temurun dan bukannya 'God' (Tuhan) seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris," katanya merujuk afidavit itu yang turut disiarkan Malaysiakini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Febuari tahun depan untuk mendengar permohonan Gereja Katolik untuk memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penerbitan mingguan 'Herald' menggunakan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada "God".- rakyatnews

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC