Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday, 19 December 2013

@NajibRazak Perlu Tahu Bezakan Antara Populis Dan Meredakan Tekanan...


Sekalung tahniah admin ucapkan kepada ketegasan yang ditampilkan Datuk Seri Najib Razak dalam memilih untuk tidak bertindak populis dalam merencanakan hala tuju negara tercinta.
Ini dapat ditafsirkan melalui artikel terbitan akhbar sinar harian di bawah;
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-saya-tak-guna-pendekatan-populis-1.231502
Bagi sesetengah rakan blogger, ada yang berpendapat, komen tersebut terpacul keluar dari bibir Perdana Menteri Malaysia kerana tidak mahu memberikan sebarang janji yang tidak mampu dikotakan berhubung pesta kenaikan pelbagai barangan dan servis yang terpaksa ditanggung rakyat.

Sejujurnya, kalaupun ada komen dikeluarkan, admin berasa ia bukanlah sesuatu yang populis kerana ianya disuarakan, secara tidak langsung ia akan menggambarkan keprihatinan seorang pemimpin kepada rakyat sahaya.

Tidak perlulah terlalu berilusi untuk menidakkan kepayahan rakyat sehingga mengklasifikasikannya sebagai satu tindakan yang populis.

Lihat pula luahan dan buah fikiran Ahli Parlimen Kepala Batas ini dan nilaikan sendiri, apakah kenyataan sebegini adalah bersifat populis?;
http://malaysiagazette.com/nasional/tangguh-kenaikan-kadar-tol-reezal-merican#axzz2nqE07SAk
Pada penilaian admin, kenyataan di atas menggambarkan bahawa wakil rakyat yang mereka pilih berupaya merasakan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Sebelum admin akhiri artikel ini, admin tinggalkan sebuah puisi untuk diselami isinya dan difahami penderitaan rakyat yang merasainya.Teruskan membaca DISINI

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC